Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

30 July 2013

2in1 : Gembira dlm Sedih

No comments:

Kisah pagi Jumaat lepas (26 July 2013)

Seperti pagi2 bekerja biasa, pukul 8 keluar dari umah terus menuju ke rumah Mama (pengasuh Nia) yg tak jauh dari opis. Lepas kami suami isteri hantar si kenit sayang, turn hantar dady pula ke stesen lrt wangsa maju..yg tak jauh dari rumah Mama dan seterusnya aku meneruskan perjalanan ke Ofis (pun tak jauh jugak). Hehe.. 

Ntah macam mana nk dijadikan cerita, hari ni aku rasa agak kelam kabut sikit memandu. Nak kata huru hara sangat tu takdelah, tapi mcm nk cepat je.. sampainya di simpang dari wangsa maju nk ke sri rampai, kelihatan jalan agak clear. Sebabnya traffic light dari belah kanan sudah menunjukkan ciri2 nak merah (masa tu lampu kuning) and aku confident boleh masuk terus je ni. Sebaik je sampai di simpang tersebut, ntah dari mana datang nya sebuah kereta berwarna biru sedang memecut laju utk memintas traffic light yg dah sedia merah tu dan akibatnya aku yg dh bersedia menekan minyak nk keluar dari simpang terus menekan brek secepat yg boleh. Akibatnya.... GEDEGANG!!!! kereta belakang yg tak sempat brek. sebab aku rasa dia pun confident dapat melepasi simpang tu gak. begitula Al-kisahnya... 

Selama 9tahun aku bersama Blackrose kesayangan, tak pernah pun aku terbabit dalam mana2 kemalangan yg aku pandu sendiri. Paling tak best pun, ada 2 incident. Pertama, elok baik punya parking kat carpark la kan, sebaik aku keluar ofis nak masuk kereta, sedar2 dah kemek pun pintu kereta sebelah kiri. Aci tak? Hangin tak? Sapa la kan manusia yg tak reti nak parking atau keluar dari kotak parking yg senget tu sampai menghentam kereta aku. Dah tu blah senyap2 lak tu, takde langsung SORRY NOTE ala2 poslaju tinggalkan. Incident kedua, lagi best, sedang elok kereta tak bergerak sebab jammed giler kat MRR2, tetiba ntah dari mana muncul, melekat 2 ekor mat rempit kat cermin kereta sebelah kanan gak. masa ni En Hubby yg drive. Terkejut beruk kitorang. kalau korang je melekat takpe... tapi dengan motor korang melekat lak tu. Geram betul. Pecah lampu kereta belakang and side mirror. Body Blackrose pun habis tercalar... Hati sangat sakit. Bila minta ganti, dia kuarkan RM20 buat muka seposen. mmg Kuang ajaq. Dah takde duit ada hati nk merempit tengah2 jammed tu. Yang susah sapa? Akak jugakkkk... 

Jauh dah merapu nih, back to story asal. Yang langgar aku tu budak perempuan (muda sikit dari aku). Dia ajak kami ketepi utk berbincang, tak moh la kan ganggu traffic. Tengok.. sapa kata pompuan tak pandai bawa kereta..kitorang masih berhemah tau. takde pun lepas gedegang tu, g kuar keta.. marah marah jerit jerit.. tarik tarik rambut... tak de tau. yang pasti, semua ni berlaku (selain dari takdir kan..) adalah disebabkan kereta biru jahat tadi and confident orang jantan yg drive. Huh!! pehtu blah camtu aje. Grrr!

Malas nk cerita panjang, budak pompuan tu sangat la baik dan berbudi bahasa. Berbakul bakul minta maaf, aku yg agak sengal pagi ni.. mmg tak banyak cakap.. just kata kat dia.. takpelah, menda nk jadi. mana ada orang sengaja langgar kereta kan. Dia ajak kami buat report di Balai Polis Wangsa Maju memandangkan kerosakan yg sy alami mungkin berharga RM500 keatas (kata kawan dia la lepas dia whatsapp gambar kpd kawan dia - konpom2 kawan dia lelaki). Aku pun sama la.. dlm kes macam ni, lps pompuan and pompuan accident, tindakan kedua adalah menelefon suami/boyfriend/abang/ adik lelaki/bapak utk bertanya apa nk buat and camna, hehehe.. standard la tu kan. Lelaki perlukan pompuan, pompuan pun perlukan lelaki.. saling memerlukan..

Sudahnya di luar balai polis, En Hubby sempat berpesan suh cakap kat dia.. report boleh report.. tapi dah tentu2 dia tetap kena bayar saman pada Encik Polis sebab dia di pihak yg melanggar dari belakang (masa ni En HUbby otw dalam train utk patah balik melihat isterinya yg tercinta..). Lagipun nak raya ni... masing2 nk guna duit. so lepas berbincang dengan baik, kami settlekan di luar balai so dia bayar sedikit kerugian utk aku repair apa yg dah cedera kat Blackrose. Tak banyak pun minta sebab aku ni manusia yg sangat lembut dan baik hati. Dari ko bayar saman dik, baik bagi akak. hehehe. 



cian Blackrose kesayangan..  *sob*sob*

Tak lama lepas tu, En Hubby pun sampai dan dia mengajak aku ke klinik berdekatan utk buat check-up sebab masa kena hentam tu, aku ada tersentak sedikit ke stereng kereta (kes tak pakai tali pinggang.. insaf. insaf..)... masa check-up tu la merasa juga En Hubby tengok anak dia kat skrin mesin scan tu sebab 2check-up sebelum ni tak merasa nk tengok gara2 Rania mengamuk tak kasi doc pegang mommy dia. Sudahnya, dady and nia duduk luar while mommy g scan. 

Alhamdulillah, baby look so okay.. siap gaya ala2 orang tengah berenang.. and the best part is when doc asked us "dah tau jantina baby? nak tau tak?" sambil tersenyum pandang kitorang...

Jawapan yg diberikan sangat membuat aku terharu, menitik juga la airmata ni sebab gembira teramat sangat, kerana baby tak apa2.. Alhamdulillah...semoga segalanya dipermudah kan olehMu, Amin...

Closing: doktor bagi MC suh rehat, tapi kitorang tetap meneruskan perjalanan ke ofis masing2.. :)



12 July 2011

Nia Syuhada @ 5months

No comments:
"Alamak.. dah bersawang blog ni!! Siapalah tuan empunya ni, habis terbiar blog ni, tak berupdate."

Who else kan. Dah jadi macam kebiasaan - jawapan cliche "tak sempat". but serious mmg tak sempat, lagi2 bila sikecik yg semakin membesar, dah banyak ragam, banyak akal. Anyway, just a short update, mencuri masa sebab terdatang awal pagi ni.

My little dear are now 5months 12days old! Yesterday was her 5th immunisation at Klinik Rassi. Since she just recover from her fever and cold, the check-up shud be done early of this months but then was postponed due to that. Our first tot, she will crying out load during the injection - but she's not. Masa kena baring tu dia dah buat muka suspen - tak nangis lagi tu. tapi bila jarum dah masuk - ada la jeritan kecik. Since Dr Rassi mmg expert bab2 cucuk2 and baby things ni - everything were done in a minute. sekejap je, so sikecik takde lah marah sangat bila kena pegang lama2. Dr called her a "happy baby" because she kept on trying to catch whatever Dr's tools that been used to check on her like stethoskop, termometeror or even her medical card pun dia nak NGAP! hehe..

some photos of her yesterday and updates:-

 before kena cucuk 

masa kena cucuk



 zoom in! - puzzled face 
hehe..
 
 taraaaa! sensored sikit :)

 after - nak sambung main lak


Rania Nur Syuhada
Age: 5months 12days old
Weight : 6.6kg
Progress: dah pandai berguling, kekanan - kekiri, semakin kuat "membebel" "menyembur", dah boleh meniarap sendiri tapi malas.. tak leh lama2 as she will cry then , mungkin rimas.
Good in catching things, ended up everthing masuk mulut! 

last but not least, exclusive photo of her 



 

19 April 2011

Hasil Kerja Dady

3 comments:
Nothing much to write about - just wanna share some photos of my little angel - Nia. Ni semua kerja dady and auntie Ida dia masa mamy sedang bz 'memerah'. hehe... layannnnzzzz...









Rania at 72days


opss.. mommy cilok dari facebook dady. :D


18 April 2011

Congrats Ida

No comments:
Tahun 2011 ni boleh dikatakan sebagai tahun production.. betul ke? Hehe.. Yelah, contohnya di ofis saya, awal bulan 1 - Zalia, hujung bulan 1 - saya dan kak ita, awal bulan 2 - Leha (HR), hujung bulan 2 - Kak Mardiah (legal), kemudian bulan 3 - Emmy pula, dan hari ni, my BFF - Mekda. Tu belum campur kawan2 universiti saya, Ishah & Moon, kakak saya dan beberapa orang lagi officemate yang akan melahirkan tak berapa lama lagi.

Alhamdulillah, Mekda dah selamat melahirkan baby boy yg sangat comel dan putih melepak. Sebiji macam muka dia. For you - Congratulations, selamat berpantang and welcome to mommies club!!

Psstt.. lepas ni boleh la kita bersidang kaum2 ibu di swimming pool KH ni :)





baby - they're so adorable, rite?


27 March 2011

Congrats Emmy!

No comments:
Congrats to my dear frenz, Emmy for her newborn - Nur Eirdeena Marissa on 24/03/2011. Today, we visited her at Bandar Tasik Puteri Rawang - berpusing jugak lah nk mencari rumah dia. Jenuh cari tangki air - landmark yg Emmy dok sebut2. Sib baik jumpa juga akhirnya.. hehe

cute kan ;)

 mommies and mommy to be




15 February 2011

Wonderful Experience

No comments:
Rania dilahirkan pada 30/01/2011, tarikh yg betul2 di luar jangkaan sebab since dari awal Dr. Marsita menjangkakan sy akan bersalin secara C-Section disebabkan kedudukan baby yg tak turun lagi kebawah, dan persetujuan saya agar pembedahan dilakukan pada 1 Feb 2011 sempena Cuti Wilayah (maklum la, masa kami kahwin pun jatuh cuti umum iaitu pada Hari Pekerja, so kalau boleh nk anak pun lahir masa cuti umum juga).

Minggu sebelum tarikh Rania lahir, saya bersungguh-sungguh menyiapkan segala kerja dan tugasan yg berlonggok di atas meja kerja. Ketika itu sy baru nk masuk 38-minggu tapi jauh disudut hati, saya seolah-olah dapat rasa macam baby nk keluar je. Lagipun, saya sengaja mengambil cuti awal 2minggu.

Pada hari Sabtu, sy sempat mengajak Mr Hubby pergi ke Ikea. Walaupun mengah, tapi sy gagahkan diri juga berjalan dan membelek setiap section di Ikea, sempat juga la memborong apa yg patut. Hehe.. Malam tu kami sengaja tidur lambat, maklum la esok kan Ahad, boleh la bangun lambat. Biasanya baby sangat aktif dalam perut ketika waktu malam, dan seperti biasa saya bermain dengannya sambil memanggil namanya dan menepuk nepuk perut boyot saya. Dan seperti biasa dia akan memberi tindak balas tetapi agak berlainan malam tu. Dekat setengah jam dia bergolek-golek di dalam perut, hingga habis herot-berot perut saya dibuatnya. Biasanya dia akan bermain dalam 5-10minit je. Mr. Hubby kata mungkin sebab dia seronok dapat pergi IKEA. Kui kui kui..

Tepat pukul 3pagi, mata dah mengantuk sangat lalu kami berdua masuk ke bilik tidur. Sebaik landing je atas katil, Mr Hubby terus lelap dan begitu juga saya. Tapi tak sampai seminit, sy dapat rasakan sesuatu keluar dari 'bawah' saya. Rasanya agak panas.. lalu saya bangun mengejut dan terus berdiri di tepi pintu bilik air. Antara sebabnya, tanak CADAR baru saya kotor. Boleh??? hehe. Kemudian, barulah saya rasakan - air yg suam2 dan jernih keluar tanpa henti. Terus terkuar dari mulut saya "B! Air ketuban dah kuar...!"

Disebabkan ini pengalaman pertama kami berdua, walaupun pernah seorang kawan berpesan "kalau air ketuban ko kuar tapi tak sakit, tu belum nk bersalin, lambat lagi". Kami tanak amek apa2 risiko lalu terus bersiap dan mencapai 'beg hospital' lalu bergegas ke GMC yg jaraknya hanya 5minit dari rumah.

Sampai disana, rutin check-up dilakukan dan nurse mengesahkan jalan saya masih belum buka. Tapi Alhamdulillah, baby dah turun kebawah cuma kedudukannya masih agak tinggi. Nurse sempat menelefon Dr. Marsita memberitahu tentang perkembangan saya, lalu Dr menyuruh saya check-in terus di wad. Lalu tidurlah kami berdua di sana sementara menunggu kehadiran Dr pada pagi nanti. 


rutin check-up utk denyut nadi baby & contraction


Dari pukul 3 pagi, sampailah petang Ahad pukul 5 petang, jalan saya masih belum buka2. Hanya 1cm. Dekat 3, 4 kali juga la saya kena seluk (bab ni paling saya tak suka, sakit sangat!). Tepat pukul 5, saya terpaksa di induce tapi sampai pukul 8malam, jalan saya masih belum buka, sakit contraction tu ada la, tapi tak la kuat sangat. Sekejap ada sekejap hilang (tu ke sakit contraction ye? rasa macam period pain pun ada.. hehe). Dekat pukul 9malam, selepas Dr Marsita selesai melakukan satu pembedahan, dia datang melawat sy dibilik dan beritahu bahawa saya terpaksa di operate malam tu juga, memandangkan air ketuban dah pecah lama. Bimbang sekiranya berlaku apa2 pada baby. Dengan hati yg berat, sy relakan jua. Nk buat macam mana, dah tu je cara.


 bersedia utk ke OT (pasrah)

Menangis juga la bila tau saya tak dpt melahirkan baby secara normal ditambah pula ketakutan utk dibedah (yelah, separuh badan kan... dalam keadaan sedar nk tengok diri di potong, rasa ngeri je..)

Rupanya, keadaan di dalam bilik pembedahan tak seperti yg saya fikirkan, keadaan agak ceria bila dengar para doktor, nurse2 bergurau sesama mereka (gurau2 gak tapi jgn sampai lalai lak ye..), dan sy yg menggigil kesejukan (sumpah! sejuk tahap gilerrrr gaban. berlaga-laga gigi dibuatnya) rasa mengantuk pulak. Oh ye, mula2 sy dibius separa dan dicucuk di tulang belakang, kesan bius membuatkan saya muntah sekejap.


Dr Marsita sdg menjalankan tugasnya


Dalam sejam saya dipotong, tak lama kemudian, sy terdengar bunyi tangisan yg halus dan merdu. Ya Allah, anak saya dah keluar dari perut saya. Sempat Dr menunjukkan kepada saya sebelum baby di cuci. ketika itu, tak tergambar perasaan saya, hanya kesyukuran dan senyuman yg tak lekang2 dibibir. Dr nak jahit ke apa ke, mmg saya tak peduli dah, sebab tak rasa apa2 langsung melainkan - SEJUK GILER!.

Bila selesai, saya dibawa masuk ke bilik, setelah dipindahkan ke katil saya, nurse menyelimutkan saya setebal 4 helai.. tu pun sy masih menggigil.. dan mereka membawa permata hati saya masuk dan meletakkan dia keatas saya. tak tau nk kata apa dah, tapi inilah saat yang paling berharga buat diri saya, apabila dapat memeluk dan menciumnya,
Rania Nur Syuhada.


Syukur Ya Allah..........


12 February 2011

Announcing of Our New Arrival

No comments:
Yeahh, finally we're celebrating this moment - syukur ke hadrat Ilahi, dgn izinnya saya telah pun selamat melahirkan seorang puteri yg dinamakan Rania Nur Syuhada pada 30/01/2011 @ 11:10pm via C-Section di Gombak Medical Center (GMC) oleh Dr Marsita Mansor  dengan berat 2.9kg.

Cerita tentang pengalaman melahirkan Rania akan saya ceritakan di entry yang lain. At the moment, do enjoy some of her photos *_* 











 my precious moment











she's everything for me. Syukur Alhamdulillah yang tak terhingga.........







06 January 2011

Holiday mood

9 comments:
Mata dah ngantuk.. esok nk keje. Nk update blog pun agak malas.. so nk kongsi sedikit gambar yg diambil masa cuti tahun baru lepas...


rasanya mesti korang leh agak apa yg sy cuba sampaikan.. hehe






03 January 2011

Pregnancy - 33 Weeks

4 comments:
I went for my monthly check-up as usual - only this time - i stop myself going to Klinik Kesihatan - due to "malas nk tunggu lama2". So my monthly routine to Klinik Rassi was on 25th December, which mean i'm on 33weeks of pregnancy. Cepat je kan..

i had my 2nd ATT injection (utk kancing gigi) and my weight are 55kg. Maintain kan..? something that i worried about since day 1 of my pregnancy.. takut gemuk and tanak gemuk.. like my other sisters (nasib baik dorang tak baca - kalau dorang baca mesti dorang hanginnnn je.. hehe)

However, during the ultrasound - although baby shows a very good progress - as she now 2kg - my baby is breech. She suppose settling her head down. Doc advise us to talk to our baby - pujuk dia supaya pusing ke bawah - or else - if her position still breech by weeks 35, doc will refer me to hospital on next check-up. and now the chances of cesarean might higher than normal delivery. 

My 4D scan with Dr Marshita at GMC happened on last week, 1st January - and still - baby is breech. Doc Marshita asked me for another check-up during my 36weeks - and if baby condition still remain - she will request me to proceed with cesarean delivery by weeks 37 - 38 and the date was given between 23rd to 28th January 2011.

And now, i'm in a big dilemma - everyday i keep thinking about it - there are some pros and contra about it. My first option is going to Hospital Ampang - but if i really  have to go for cesarean - then GMC would be my option - sebabnya - keyakinan terhadap Dr Marsita. 

So dalam masa yg ada, sy akan cuba pujuk baby supaya dapat pusing ke bawah - sy teringin nk merasa normal delivery - tapi kalau ditakdirkan sy bersalin secara ceasarean - sy redha - asalkan yg paling penting buat masa ini - keselamatan baby.

Mudah-mudahan, sy diberi petunjuk olehNya.. Amin....




09 December 2010

Weekend Updates

3 comments:
Dh lama tak update progress on our Little Home - actually takde progress pun. By right, kitorang dah sepatutnya masuk dan tinggal di sana - langsir yg ditempah dah pun siap dipasang - barang2 pun ada sedikit yg dah dikemas... 

Tetap, di atas sebab2 tertentu - semua barang2 terpaksa dibungkus dan dikotakkan semula - dan buat masa ni - kami menumpang di rumah abah. Nasib baiklah jarak rumah abah - Little Home dalam 5minit sahaja.

So, officially - Little Home was under construction.. hope everything will be ready by middle of December.. huhu..




Jadi, boleh la sy ambil masa yg terluang ni utk merehatkan diri... sambil2 tu boleh la sy shopping sedikit barang2 dan keperluan utk baby. Sempat juga la sy pergi ke Hytex warehouse sales di Kepong sabtu lepas... tak banyak barang yg sy borong - cuma melepaskan geram melihat baju2 utk Newborn. Orang kata jgn beli baju newborn banyak sangat, sebab baby cepat membesar.. ye, sy ingat pesanan tu tapi bila dah depan mata - tak geram ko tengok baju2 kecik tu.. hehehe... semua sy sumbat dalam bakul. Masih banyak lagi yg perlu dibeli - dan sy akan terus gigih meredah segala shopping mall atau warehouse sales yg ada - harap2 ada lagi la sebab banyak warehouse sales yg sangat berbaloi sy lepaskan begitu sahaja (antaranya : baby ekspo @ Midvalley, Pureen warehouse sales & Anakku Warehouse sale...) what a waste kan... huhu..

 sj suka2 beli sebab cute sangat..hehe

 baju sahaja RM5 (seluar tak jumpa)


 RM3 sepasang 
(Mr. Hubby yg xcited memborong semua)

Setelah sekian lama, sempat juga la kami pergi menonton wayang.. Layan Rapunzel 3D di Wangsa Walk..




sebelum tu, sempat lagi layan cendol & rojak di tepi jalan setiawangsa..





and.... having my first AIR KELAPA after almost 7months tak minum...! sooo goooddd.....




seronoknya bersantai..... kan..? hehe..


01 December 2010

I am 28 weeks pregnant

No comments:

Week Twenty Eight: May recognize your voice

  
You are 28 weeks pregnant. (fetal age 26 weeks)


  • The fetus has its own regular intervals for sleeping and being awake.
  • The weight has increased to 1000 grams and is 37.5cm in length.
  • 2.2 pounds weight and is 14.8 inches in length from head to heel.
  • The feet are just over 2 inches (5.5cm) long.
  • The hair on the head is now clearly visible.
  • The milk teeth have developed under the gums.
  • The eyes are starting to move in their sockets.

Source: http://www.baby2see.com/ 

****************************************************************
    Inside of Me*

    Last week i went for my monthly check-up at GMC and Klinik Kesihatan Ibu
    & Anak (KKIA) Selayang.

    At GMC, as usual - Dr Marsita did the 4D Ultrasound - and again - baby still 
    malu2 nak tunjukkan muka. Baby put her hand on her face - still tanak 
    reveal to mommy and daddy.. pandai ye dak kecik ni... hehe. Takpela, 
    yg penting baby sihat. Utk bulan ni, kenaikan berat sy hanya 1kg - which 
    makes me 53kg. Doc minta sy naikkan at least 1.5kg every month. 
    Tak sure la samada boleh atau tidak - tapi tk dinafikan - selera makan saya 
    boleh tahan jugaaa... and yg paling tk bestnyer.. lately i love to eat fast 
    food. I know its not good tapi mungkin sebab malas nk masak bagai... 
    so paling senang, order/call saja. 

    Lagi satu fav sy yg tak boleh di tahan sekarang ni.. ialah AISKRIM! Yup, 
    sy suka makan aiskrim.. especially aiskrim perasa limau susu tu.. yang 
    luarnya hijau, dlmnya susu. TROPICANA. rasa macam sedappp jeee - 
    kena betul dgn tekak mengada2 saya sekarang ni. Pernah satu malam tu, 
    sy minta En Suami belikan aiskrim masa tu jugak, wpun di luar hari 
    tengah hujan. Gigih la sang suami pergi ke kedai... demi isteri dan 
    anak tercinta.. hehe..

     

     nyummm nyummm... slurrppppp

    Previous check-up with Dr. Marsita, she gave me IBERET FOLIC 
    500mg for my supplement. and after 2months, i managed to finished 
    only 4 tablets. Sebiji berjaya ditelan (setelah dipotong dua) dan lebihnya 
    tu - banyak ke cik tong sampah! Alahai, sy mmg bermasalah dalam menelan
    ubat2an yg bersaiz besar atau jenis kapsul. Failed! What i notice about this 
    Iberet Folic, 2jam lepas sy makan - i felt sooooo DIZZY - sampai 
    muntah2.... selagi tak muntah, selagi tu la kepala saya melayang-layang. 
    When i GOOGLE and refer back to Dr.Marsita - this Iberet Folic consist 
    very high IRON - and those yg tak tahan tu akan alami apa saya alami. 
    So kalau sy makan lagi, i plan to take those pills at nite, before bedtime. 
    So far belum makan - sy teruskan pengambilan loose supplement yg 
    kecik2 and comel2 tu.. hehe.

    Regarding my check-up at KKIA pula, if last visit i had to spent more 
    than 5hours there, luckily this time tak sampai 2jam pun. Sy datang pukul 
    11am, siap2 amek sample urin tanpa disuruh, so boleh terus check dgn 
    nurse bila nama dipanggil nanti. Then amek blood pressure - amek darah - 
    then bawa sample darah ke lab utk result - then check perut - then sudah!
    Tak payah jumpa doctor kali ni. 

     hasil kesan amek darah dari nurse yg tengah lepaskan geram 
    huhu..

    Ada consultation sedikit dari nurse - as i need to start with Baby 
    Kicking Chart / Carta Tendang. Maknanya, mulai esok 
    (23/11/10) sy kena alert dgn pergerakan baby - and need to jot down 
    dalam Buku Merah dari pukul 9pagi - 9malam - i must have 
    at least 10kali tendangan yang kuat dari baby. If not - nurse ask me to 
    refer to hospital terus.  

    Okay baby, pls tendang mommy banyak2 ye.... ;)


      Followers

      Copyright to LINDA ROSE
      Designed by UMIESUEstudio 2015