Rania dilahirkan pada 30/01/2011, tarikh yg betul2 di luar jangkaan sebab since dari awal Dr. Marsita menjangkakan sy akan bersalin secara C-Section disebabkan kedudukan baby yg tak turun lagi kebawah, dan persetujuan saya agar pembedahan dilakukan pada 1 Feb 2011 sempena Cuti Wilayah (maklum la, masa kami kahwin pun jatuh cuti umum iaitu pada Hari Pekerja, so kalau boleh nk anak pun lahir masa cuti umum juga).
Minggu sebelum tarikh Rania lahir, saya bersungguh-sungguh menyiapkan segala kerja dan tugasan yg berlonggok di atas meja kerja. Ketika itu sy baru nk masuk 38-minggu tapi jauh disudut hati, saya seolah-olah dapat rasa macam baby nk keluar je. Lagipun, saya sengaja mengambil cuti awal 2minggu.
Pada hari Sabtu, sy sempat mengajak Mr Hubby pergi ke Ikea. Walaupun mengah, tapi sy gagahkan diri juga berjalan dan membelek setiap section di Ikea, sempat juga la memborong apa yg patut. Hehe.. Malam tu kami sengaja tidur lambat, maklum la esok kan Ahad, boleh la bangun lambat. Biasanya baby sangat aktif dalam perut ketika waktu malam, dan seperti biasa saya bermain dengannya sambil memanggil namanya dan menepuk nepuk perut boyot saya. Dan seperti biasa dia akan memberi tindak balas tetapi agak berlainan malam tu. Dekat setengah jam dia bergolek-golek di dalam perut, hingga habis herot-berot perut saya dibuatnya. Biasanya dia akan bermain dalam 5-10minit je. Mr. Hubby kata mungkin sebab dia seronok dapat pergi IKEA. Kui kui kui..
Tepat pukul 3pagi, mata dah mengantuk sangat lalu kami berdua masuk ke bilik tidur. Sebaik landing je atas katil, Mr Hubby terus lelap dan begitu juga saya. Tapi tak sampai seminit, sy dapat rasakan sesuatu keluar dari 'bawah' saya. Rasanya agak panas.. lalu saya bangun mengejut dan terus berdiri di tepi pintu bilik air. Antara sebabnya, tanak CADAR baru saya kotor. Boleh??? hehe. Kemudian, barulah saya rasakan - air yg suam2 dan jernih keluar tanpa henti. Terus terkuar dari mulut saya "B! Air ketuban dah kuar...!"
Disebabkan ini pengalaman pertama kami berdua, walaupun pernah seorang kawan berpesan "kalau air ketuban ko kuar tapi tak sakit, tu belum nk bersalin, lambat lagi". Kami tanak amek apa2 risiko lalu terus bersiap dan mencapai 'beg hospital' lalu bergegas ke GMC yg jaraknya hanya 5minit dari rumah.
Sampai disana, rutin check-up dilakukan dan nurse mengesahkan jalan saya masih belum buka. Tapi Alhamdulillah, baby dah turun kebawah cuma kedudukannya masih agak tinggi. Nurse sempat menelefon Dr. Marsita memberitahu tentang perkembangan saya, lalu Dr menyuruh saya check-in terus di wad. Lalu tidurlah kami berdua di sana sementara menunggu kehadiran Dr pada pagi nanti.
rutin check-up utk denyut nadi baby & contraction
Dari pukul 3 pagi, sampailah petang Ahad pukul 5 petang, jalan saya masih belum buka2. Hanya 1cm. Dekat 3, 4 kali juga la saya kena seluk (bab ni paling saya tak suka, sakit sangat!). Tepat pukul 5, saya terpaksa di induce tapi sampai pukul 8malam, jalan saya masih belum buka, sakit contraction tu ada la, tapi tak la kuat sangat. Sekejap ada sekejap hilang (tu ke sakit contraction ye? rasa macam period pain pun ada.. hehe). Dekat pukul 9malam, selepas Dr Marsita selesai melakukan satu pembedahan, dia datang melawat sy dibilik dan beritahu bahawa saya terpaksa di operate malam tu juga, memandangkan air ketuban dah pecah lama. Bimbang sekiranya berlaku apa2 pada baby. Dengan hati yg berat, sy relakan jua. Nk buat macam mana, dah tu je cara.
bersedia utk ke OT (pasrah)
Menangis juga la bila tau saya tak dpt melahirkan baby secara normal ditambah pula ketakutan utk dibedah (yelah, separuh badan kan... dalam keadaan sedar nk tengok diri di potong, rasa ngeri je..)
Rupanya, keadaan di dalam bilik pembedahan tak seperti yg saya fikirkan, keadaan agak ceria bila dengar para doktor, nurse2 bergurau sesama mereka (gurau2 gak tapi jgn sampai lalai lak ye..), dan sy yg menggigil kesejukan (sumpah! sejuk tahap gilerrrr gaban. berlaga-laga gigi dibuatnya) rasa mengantuk pulak. Oh ye, mula2 sy dibius separa dan dicucuk di tulang belakang, kesan bius membuatkan saya muntah sekejap.
Dr Marsita sdg menjalankan tugasnya
Dalam sejam saya dipotong, tak lama kemudian, sy terdengar bunyi tangisan yg halus dan merdu. Ya Allah, anak saya dah keluar dari perut saya. Sempat Dr menunjukkan kepada saya sebelum baby di cuci. ketika itu, tak tergambar perasaan saya, hanya kesyukuran dan senyuman yg tak lekang2 dibibir. Dr nak jahit ke apa ke, mmg saya tak peduli dah, sebab tak rasa apa2 langsung melainkan - SEJUK GILER!.
Bila selesai, saya dibawa masuk ke bilik, setelah dipindahkan ke katil saya, nurse menyelimutkan saya setebal 4 helai.. tu pun sy masih menggigil.. dan mereka membawa permata hati saya masuk dan meletakkan dia keatas saya. tak tau nk kata apa dah, tapi inilah saat yang paling berharga buat diri saya, apabila dapat memeluk dan menciumnya,
Rania Nur Syuhada.
Syukur Ya Allah..........
No comments:
Post a Comment