30 July 2013

2in1 : Gembira dlm Sedih


Kisah pagi Jumaat lepas (26 July 2013)

Seperti pagi2 bekerja biasa, pukul 8 keluar dari umah terus menuju ke rumah Mama (pengasuh Nia) yg tak jauh dari opis. Lepas kami suami isteri hantar si kenit sayang, turn hantar dady pula ke stesen lrt wangsa maju..yg tak jauh dari rumah Mama dan seterusnya aku meneruskan perjalanan ke Ofis (pun tak jauh jugak). Hehe.. 

Ntah macam mana nk dijadikan cerita, hari ni aku rasa agak kelam kabut sikit memandu. Nak kata huru hara sangat tu takdelah, tapi mcm nk cepat je.. sampainya di simpang dari wangsa maju nk ke sri rampai, kelihatan jalan agak clear. Sebabnya traffic light dari belah kanan sudah menunjukkan ciri2 nak merah (masa tu lampu kuning) and aku confident boleh masuk terus je ni. Sebaik je sampai di simpang tersebut, ntah dari mana datang nya sebuah kereta berwarna biru sedang memecut laju utk memintas traffic light yg dah sedia merah tu dan akibatnya aku yg dh bersedia menekan minyak nk keluar dari simpang terus menekan brek secepat yg boleh. Akibatnya.... GEDEGANG!!!! kereta belakang yg tak sempat brek. sebab aku rasa dia pun confident dapat melepasi simpang tu gak. begitula Al-kisahnya... 

Selama 9tahun aku bersama Blackrose kesayangan, tak pernah pun aku terbabit dalam mana2 kemalangan yg aku pandu sendiri. Paling tak best pun, ada 2 incident. Pertama, elok baik punya parking kat carpark la kan, sebaik aku keluar ofis nak masuk kereta, sedar2 dah kemek pun pintu kereta sebelah kiri. Aci tak? Hangin tak? Sapa la kan manusia yg tak reti nak parking atau keluar dari kotak parking yg senget tu sampai menghentam kereta aku. Dah tu blah senyap2 lak tu, takde langsung SORRY NOTE ala2 poslaju tinggalkan. Incident kedua, lagi best, sedang elok kereta tak bergerak sebab jammed giler kat MRR2, tetiba ntah dari mana muncul, melekat 2 ekor mat rempit kat cermin kereta sebelah kanan gak. masa ni En Hubby yg drive. Terkejut beruk kitorang. kalau korang je melekat takpe... tapi dengan motor korang melekat lak tu. Geram betul. Pecah lampu kereta belakang and side mirror. Body Blackrose pun habis tercalar... Hati sangat sakit. Bila minta ganti, dia kuarkan RM20 buat muka seposen. mmg Kuang ajaq. Dah takde duit ada hati nk merempit tengah2 jammed tu. Yang susah sapa? Akak jugakkkk... 

Jauh dah merapu nih, back to story asal. Yang langgar aku tu budak perempuan (muda sikit dari aku). Dia ajak kami ketepi utk berbincang, tak moh la kan ganggu traffic. Tengok.. sapa kata pompuan tak pandai bawa kereta..kitorang masih berhemah tau. takde pun lepas gedegang tu, g kuar keta.. marah marah jerit jerit.. tarik tarik rambut... tak de tau. yang pasti, semua ni berlaku (selain dari takdir kan..) adalah disebabkan kereta biru jahat tadi and confident orang jantan yg drive. Huh!! pehtu blah camtu aje. Grrr!

Malas nk cerita panjang, budak pompuan tu sangat la baik dan berbudi bahasa. Berbakul bakul minta maaf, aku yg agak sengal pagi ni.. mmg tak banyak cakap.. just kata kat dia.. takpelah, menda nk jadi. mana ada orang sengaja langgar kereta kan. Dia ajak kami buat report di Balai Polis Wangsa Maju memandangkan kerosakan yg sy alami mungkin berharga RM500 keatas (kata kawan dia la lepas dia whatsapp gambar kpd kawan dia - konpom2 kawan dia lelaki). Aku pun sama la.. dlm kes macam ni, lps pompuan and pompuan accident, tindakan kedua adalah menelefon suami/boyfriend/abang/ adik lelaki/bapak utk bertanya apa nk buat and camna, hehehe.. standard la tu kan. Lelaki perlukan pompuan, pompuan pun perlukan lelaki.. saling memerlukan..

Sudahnya di luar balai polis, En Hubby sempat berpesan suh cakap kat dia.. report boleh report.. tapi dah tentu2 dia tetap kena bayar saman pada Encik Polis sebab dia di pihak yg melanggar dari belakang (masa ni En HUbby otw dalam train utk patah balik melihat isterinya yg tercinta..). Lagipun nak raya ni... masing2 nk guna duit. so lepas berbincang dengan baik, kami settlekan di luar balai so dia bayar sedikit kerugian utk aku repair apa yg dah cedera kat Blackrose. Tak banyak pun minta sebab aku ni manusia yg sangat lembut dan baik hati. Dari ko bayar saman dik, baik bagi akak. hehehe. 



cian Blackrose kesayangan..  *sob*sob*

Tak lama lepas tu, En Hubby pun sampai dan dia mengajak aku ke klinik berdekatan utk buat check-up sebab masa kena hentam tu, aku ada tersentak sedikit ke stereng kereta (kes tak pakai tali pinggang.. insaf. insaf..)... masa check-up tu la merasa juga En Hubby tengok anak dia kat skrin mesin scan tu sebab 2check-up sebelum ni tak merasa nk tengok gara2 Rania mengamuk tak kasi doc pegang mommy dia. Sudahnya, dady and nia duduk luar while mommy g scan. 

Alhamdulillah, baby look so okay.. siap gaya ala2 orang tengah berenang.. and the best part is when doc asked us "dah tau jantina baby? nak tau tak?" sambil tersenyum pandang kitorang...

Jawapan yg diberikan sangat membuat aku terharu, menitik juga la airmata ni sebab gembira teramat sangat, kerana baby tak apa2.. Alhamdulillah...semoga segalanya dipermudah kan olehMu, Amin...

Closing: doktor bagi MC suh rehat, tapi kitorang tetap meneruskan perjalanan ke ofis masing2.. :)



No comments:

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015