Tahun 2011 ni boleh dikatakan sebagai tahun production.. betul ke? Hehe.. Yelah, contohnya di ofis saya, awal bulan 1 - Zalia, hujung bulan 1 - saya dan kak ita, awal bulan 2 - Leha (HR), hujung bulan 2 - Kak Mardiah (legal), kemudian bulan 3 - Emmy pula, dan hari ni, my BFF - Mekda. Tu belum campur kawan2 universiti saya, Ishah & Moon, kakak saya dan beberapa orang lagi officemate yang akan melahirkan tak berapa lama lagi.
Alhamdulillah, Mekda dah selamat melahirkan baby boy yg sangat comel dan putih melepak. Sebiji macam muka dia. For you - Congratulations, selamat berpantang and welcome to mommies club!!
Psstt.. lepas ni boleh la kita bersidang kaum2 ibu di swimming pool KH ni :)
baby - they're so adorable, rite?
No comments:
Post a Comment