Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

24 October 2012

Ujian buat ku - Sawan Tarik!

2 comments:
Sesuatu yang paling aku takuti.. yang paling aku cuba elakkan dari terjadi - akhirnya terjadi jugak. Rania kena sawan tarik!! Semua berlaku dengan terlalu pantas. Hari sabtu kami terkejut apabila mendapati badan Rania agak panas dari biasa. Mana tidaknya, dia boleh dikatakan baru je dlm seminggu lebih sembuh dari demam + sesema + batuk + muntah2 yang kami tidak tahu puncanya walaupun sudah menerima rawatan dari beberapa klinik pakar kanak2 yg agak well known di area ni. 

 Pada hari Ahad, dalam pukul 3:30 pagi, aku terjaga dari tidur bila Rania tiba2 bangun menangis. aku agak terkejut bila badannya sangat panas! terus aku kejutkan En. Suami dan bila dia pegang je Rania, terus dia bangun melompat dari katil meminta aku bersiap utk membawa Rania ke hospital dengan segera. Dalam perjalanan, aku meminta En Suami utk pergi ke klinik 24jam yg ada di Prima Sri Gombak dulu, sebelum kami terus ke hospital. Sudah tentu yg aku bayangkan, kalau hantar ke hospital, confirm Rania akan diwarded, disamping membygkan dia menangis bila nurse/doc mencucuk nya utk drip. 

Sampai diklinik, doc yg bertugas memberitahu temperature Rania is about 39degree. It is very high! but he strongly recommend us to take her back selepas memberi "ubat bontot" - dan meminta kami pantau keadaannya kalau menjelang esok, suhu masih tinggi, then baru bawa ke hospital. Walaupun kami cuba memberi hint pada doctor tentang kecenderungan kami utk membawa Rania ke hospital masa tu juga. 

Dalam pukul 4 pagi kami sampai dirumah, dan bersiap utk sambung tidur. Masa tu keadaan Rania agak mencurigakan saya, sy perasan dia seolah-olah kesejukan teramat sangat, ada kalanya saya nampak dia seolah-olah menggigil. Kaki dan tanganya sangat sejuk walaupun badan dia sangat panas! saya memujuk dia utk tidur, matanya agak bulat, ada kalanya dia bercakap-cakap sambil tangannya menunjuk-nunjuk ... namun sy terus memujuknya utk tidur dan meminta en Suami menutup lampu. 

Ketika itulah, dalam kegelapan yg hanya baru sesaat... badan Rania seakan-akan terjentik jentik dan melentik lentik.. tangannya didepangkan, dengan pantas sy terus memeluk dan mengangkatnya bangun dan menjerit supaya En Suami membuka lampu. Saat lampu dibuka, kami dapati mati Rania terbeliak bulat begitu juga mulutnya!! Ya Allah!! Baby kena sawan!! Badannnya terkejang kejang.. dan sy terus menjerit meraung memanggil namanya! 

Dengan pantas En Suami menyuruh saya masuk kebilik air dan terus sahaja menyiram Rania dengan air paip! Masa tu sy umpamakan keadaan Rania seolah-olah kami menyiram anak patung! Yang dah kaku dan tiada reaksi bila dicurahkan air... which is definitely not her! Rania tak suka air disiram kan kekepalanya dan pasti akan menjerit sambil menepis tangan kami. Tanpa berlengah lagi, kami segera berlari ke luar utk membawanya ke hospital. Keadaan saya semakin teruk sebaik sahaja keluar dari pintu rumah, kami dapati Rania sudah Kaku! Kejang! dan tak bergerak dan matanya bulat terbeliak! Sy meraung!! sekuat hATI!! HAMPIR PENGSAN KERANA MEMBAYANGKAN YG BUKAN2!! 

Dalam kekalutan, sy gegar grill jiran, meminta pertolongan. Encik Jiran meminta kami segera membawanya terus ke hospital!! tak mampu saya utk bayangkan keadaan saya ketika itu, yg pastinya saya meraung meminta suami segera ke hospital. selaju yg boleh!! ketika dalam kereta, tiba-tiba sy terdengar esakan lemah Rania seolah-olah kepenatan. saya memeluknya, menciumnya bertalu-talu.. memanggil manggil namanya.. beristighfar tapi still dalam keadaan MERAUNG! YA ALLAH!! betapa takutnya saya ketika itu... sy letakkan jari didalam mulutnya, biarlah! dia nak gigit pun sy dah tak pikir apa.. yg pasti, sy mahukan Rania saya! sy nampak dia lemah, mataya kejap buka kejap tutup.. tapi sy pastikan sepanjang perjalanan, dia tidak tidur.. sy sentiasa memanggil namanya setiapkali dia menutup mata! 

kami bergegas selaju yang boleh ke Ampang Puteri! Dalam 15minit kami sampai, terus meluru ke Emergency, mujurlah tiada pesakit lain ketika itu dan kerana Rania pernah ada rekod sebelum ini, kami terus diminta masuk ke wad utk pemeriksaan. Rania terus diberi rawatan, dan Alhamdulillah yang teramat sangat.. ketika itu Rania sudah sedar.... bersyukurnya saya yg tidak terhingga ke hadrat Allah, betapa saya rasakan diri ini terlalu hina dimataNya, Ampunkan segala dosaku YaAllah, Kau berikanlah aku peluang utk terus melihat Anugerah Mu ini membesar dan betapa tidak sanggup untuk aku kehilangannya... .... Amin.... 

Dengan hati yang rela dan redha, aku meminta agar Rania di masukkan ke wad.... 

 to be continued....

02 June 2011

MC lagi - June 2011

No comments:
Yes.. i was on MC today. Dah sebulan tak kena, tiba2 subuh tadi sy diserang sakit batu hempedu / gallstone tu lagi. Pukul 4 pagi sy terjaga bila Nia merengek meminta susu. Ketika tu juga, sy dah rasa tak sedap di bahagian ulu hati. Masa tu dah leh agak mcam sakit gallstone tu je... sy kedapur utk makan ubat yg doktor pakar bekalkan. kemudian sy sambung tido. pukul 6 pagi, sy dah tak boleh nk tidur. sakit semakin kuat. masa tu dah mula rasa baring tak kena, duduk tak kena, pendek kata semua tak kena. sy keluar dari bilik tidur, tinggalkan Nia yg merengek utk menyusu lagi dengan Daddy-nya. Sy baringkan diri seorang diri di ruang tamu. Masa tu En Daddy dah tanya, nk ke klinik ke utk injection, tp sy kata nanti dulu, hari pun dh nk siang, kalau boleh tak nak mengganggu lena sikecil. Biasa nya Nia akan terjaga sendiri pukul 7.

Pukul 7 pagi, sy dah tak leh tahan. Sakit makin menjadi-jadi, mula la sy merengek dan mengerang kecil. Kami bersiap utk pergi ke Klinik, sikecil tak bangun lagi, tapi kami angkat dia dan bawa masuk ke kereta. (bila angkat terus dia terjaga dan memberi senyuman comel seperti biasa.. terubat sikit rasa sakit tu..)

Destinasi pertama ke klinik yg berdekatan. Malangnya, sampai di sana - klinik masih tutup lagi. Kami pergi pula ke klinik lain, pun begitu. En Daddy pergi pula ke pinggiran, ya - 4 klinik yg ada disana masih belum beroperasi manakala sebuah lagi Doctor belum sampai. Sakit semakin menjadi jadi. Dari Pinggiran Sri Gombak kami menghala pula ke Sri Gombak Prima dan Taman Samudera (klinik 24jam yg ada disini). Malangnya, doktor masih belum sampai (masa ni doctor tukar shift, so shift pagi masih belum masuk). Rata-rata mengatakan Doctor akan masuk dalam pukul 8.30 atau 9 pagi. Masa ni, hanya Tuhan je tahu betapa seksanya sy menahan sakit. 


Syukurlah, sikecil Nia tak buat perangai, baik saja dalam car seat nya. seronok agaknya pagi2 dapat berjalan.

Maka dengan terpaksanya, sy tahankan je lah sakit yg semakin kuat menyerang. tepat pukul 8.30 sy pergi ke klinik dan diberi suntikan tahan sakit. Lepas itu kami terus pulang ke rumah, dan menyambung tidur masing2 (termasuk la si kecil). Nampak gayanya, En Daddy pun EL hari ni. Sy sedar pukul 12 tengahhari, masih terasa lagi sakitnya. Sy paksa diri tidur, dalam pukul 2 sy terjaga, Alhamdulillah sakit sudah beransur hilang. 

Biasanya bila saya sakit, selain sakit yg kuat di ulu hati, senak perut dan sakit hingga ke tulang belikat di belakang bahagian kanan, mmg semua serba tak kena. Bila baring, sakit makin terasa - seolah-olah dihimpit kuat, lagi2 kalau baring mengereng. duduk tak boleh, berdiri tak boleh, menonggeng pun tak boleh. Siapa yg pernah rasa, mesti tahu betapa sakitnya la hai.... Sy pasti akan cirit-birit dan muntah-muntah. 

Selepas sy berjumpa Dr pakar di Hospital Ampang Puteri utk rawatan susulan minggu lepas, disebabkan sy tetap menolak utk membuat pembedahan membuang hempedu atau laparoskopik, doktor telah memberi ubat utk dimakan selama sebulan. Sejak saya amalkan makan ubat tersebut setiap kali selepas makan bermula bulan lepas, langsung tak pernah kena sakit. Masa tu cadangan nk berubat kampung di Melaka (mmg famous tempat ni) sy batalkan dengan alasan dah tak sakit.. dan berharap ubat2 tersebut telah berjaya memecahkan batu2 yg ada di dalam hempedu sy. Rupanya, siapa sangka, penangan makan Char Keuw Tiau yg di beli En. Daddy pukul 12 malam semalam, membuatkan saya tergolek semahu2nya. Masa makan tu dah perasan - minyak meriah sungguh. Tp sy buat tak endah je... dlm hati (ubatkan ada..)

Kawan di ofis, yg sy panggil Ayahnda atau abang Halili, ada memberi sy Nenas Batu. 

sumber dari blog ini

sumber dari blog ini

Katanya, InsyaAllah boleh membantu dlm mengubati sakit batu hempedu ni. Caranya, dengan merebus buahnya dah airnya dibuat minum dalam 3 hari. Disebabkan ini pertama kali sy melihat Nenas Batu, sy agak teruja dan merasa sayang nk  potong. Lagi2 dengan jambulnya yg sangat cantik. Sy simpan nenas tersebut hingga ke hari ini (dah seminggu) dan merendamnya dalam baldi berair. Lepas ni nk buat la... serik dengan sakit yg dialami. Hehe... 

Nampak gaya, terpaksalah sy berpantang lagi. Pesan doctor: "boleh kalau tak nak operate, tapi no oily food, takde yang goreng2... goreng pisang,, goreng ayam.. susah tu.. boleh ke?" Tentu sahaja jawpan saya "payah tu" hehe... tp nampak gayanya, itu lah pilihan yg saya ada buat masa ni.

Huhu....

05 May 2011

Sakit Lagi

1 comment:
Semenjak masuk kerja awal bulan 4 selepas cuti berpantang, sehingga ke hari ni, setiap minggu saya pasti akan MC. Sebabnya gastric pain yg kerap menyerang saya biasanya di waktu malam. Sy mmg ada gastric tapi jarang betul sy kena sekerap sekarang ini. Kalau kena, pasti terguling-guling sy dibuatnya dek kerana menahan kesakitan yg amat sangat. Sakit dibahagian ulu hati, menyucuk-nyucuk sampai bahu kanan saya. Sampai merengek-rengek saya dibuatnya kerana tak tahan sakit yg amat sangat. Terpaksalah, Encik Suami membawa saya ke klinik 24jam yg ada untuk mendapatkan rawatan, dan begitu jugalah sikecil. Kesian melihat dia yg sedang nyenyak tidur, terpaksa diangkat utk dibawa bersama. Tersentuh betul hati saya. 




Diklinik, mmg sy minta injection saja utk melegakan kesakitan yg teramat sanagt. bermakna, cukup bulan april ni, 5 kali jugalah sy kena. Ubat gastrik yg dibekalkan tak payah cerita la... 4 klinik sy pergi, bermakna banyak betul ubat yg saya dapat untuk gastric tapi berlainan jenis.

Nak masuk bulan 5, kami bercadang nk pergi bercuti sempena Anniversary ke-3 kami (jatuh pada 1 May). Encik suami berkata, sy perlu pergi hospital utk check-up dan dapatkan rawatan bagi sakit yg saya hadapi. Dia tak nak bila bercuti nanti, saya akan sakit lagi. pasti tak best bercuti tapi sakit. Nak tanak, sy akur akhirnya.

Pada 29/5/2011, hari Jumaat kami mengambil cuti iaitu sehari sebelum percutian yg dirancang ke Penang esoknya. Kami pergi ke Hospital Ampang Puteri utk dapatkan check-up. Sy diminta berjumpa Doctor Pakar Surgery, Dr Abdullah Taha. 2 jenis rawatan yg dicadangkan iaitu Ultrasound dan Scoping (kamera dimasukkan kedalam perut dan sy akan "ditidurkan" sepenuhnya - LEGAAAA).

Hasil daripada kedua ujian tersebut, sy disahkan mengidap Batu Hempedu atau GALLSTONE. Terdapat batu2 kecil di dalam hempedu saya dan doktor menyatakan sy harus menjalani pembedahan utk membuang hempedu saya. Tentu saja jawapan saya TIDAK. sebabnya, i need a break from operation. Pada yg dah tahu tentang sejarah saya, kalau sy setuju utk operate, ini merupakan pembedahan kali ke-4 dalam hidup saya dan kali-3 sepanjang 3tahun berturut-turut. Doctor memberi saya 2jenis ubat utk dimakan selama sebulan, dan sy harus datang utk check-up sebulan dari sekarang.

Dlm masa ini, sy berharap - batu2 kecil itu akan hilang. So, kena jaga pemakanan terutama makanan yang berminyak. So mulai hari ni, i have to say BYE-BYE buat sementara waktu pada makanan yg bergoreng. Espicially my fav Goreng Pisang..

Sedihnyaaa.....


26 April 2010

April Stories

1 comment:
April almost end... lot's of things to be written here but macam biasala, bila mood nk menulis tu takde - so mostly after typing few lines - then i press "backspace" over and over.... niat nk mengupdate tu nampaknya terbatal jua akhirnya..

hari ni aku gigihkan diri utk menulis. Let's start with.....

29/3 - I'm back to work! yeahh.... cuti hospital bagi pun dah habis,  so nampaknya dah kena la bangun pagi2... kali ni rasa macam tak puas cuti bila compare dgn cuti confinement lepas. Sebabnya - cuti dulu dpt 42days, and i was recovered within 2weeks je. Utk kali ni, dpt cuma 30 hari - 6hari warded = 24 hari.

During 24days tu pula, the wound at pusat yg kena tebuk tu tak sembuh2... keep on bernanah and bleeding. I went to clinic for check-up, doctor confirmed that i had an infection on that area. Setiap hari selama 3 minggu, i went to clinic for dressing. And u guys tau what i've been thru? hurmmm.... luka kat pusat tu ditebuk, then nurse akan tekan2 sekeliling kawasan tu utk keluarkan nanah -  lepas puas menekan, gauze akan dipotong panjang, basahkan, gulung2 dan satu lagi proses which i called as "proses tauhu sumbat" - gauze tadi akan di masukkan kedalam lubang luka dipusat dan ditolak sehingga habis. So on the next day, gauze tadi akan dikeluarkan (mmg penuh kekuningan dgn nanah) - luka dicuci, proses tekan menekan dan sumbat menyumbat dilakukan. begitulah selama 3minggu - sakit???? i have no words to describe. sampai hari ni luka masih belum sembuh but i decided to stop doing the dressing - buat sendiri je lah kat umah and Mr. B doing it for me.. yelah, 3minggu meneman di bilik dressing, sampai dia pun dah tau proses2 semua tu except bab sumbat2 la... tak sanggup dah.. semoga cepat la ye Cik Pusat ni sembuh... 

Early of this month, i was bz checking around and googling (ada ke word ni?) hotel/resorts at Cherating for our 2nd Anniversary on 1/5/2010. Due to peak season and my late action, all hotel/resort was fully booked on that date - so i managed to book a room at Legend Resort on 2 - 3/5/10 via Cuti service. Satu malam cukup la, masing2 keje melambak kat office.. Well - it will be my first visit to Cherating and i really can't wait to celebrate our day.

But before that - kena cari hadiah for him. Apa ye nk bagi, they are few in my list and yet to be finalized - kalau tanya Mr. B - confirmed dia akan minta camera lens - definitely he will like it but - tak moh jugak bagi tu...  

Oh ya... baru perasan yg Cik Kimmy ada tag i - sorry sangat dear - maklumlah, kita tk pernah kena tag sebelum ni - so a little bit slow la to respond.. so kena la tag kita selalu nampaknya.. hehehe..


Tag by Kimmy:

  1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
  2. Select the 8th photo in that folder.
  3. Post that photo along with the story behind it.
  4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!

Results:

Taraaaa!!! ni tak tipu punya - betul2 folder and photo ke-8 and sapa yg perasan, photo ini telah pun diupload on my previous entry during Hot Air Balloon Fiesta. hehe..

  Masa ni i'm still on my confinement, tapi disebabkan dah terlalu keras duduk dirumah, merengek juga la minta Mr. B bawa berjalan ke pesta tu, bawa sekali Mertua, kakak ipar and anak buah kesana. In this photo, me, Kak Ina and Sofea berhenti rehat sekejap while waiting my father and mother in law yg tertinggal di belakang... jarak antara tapak pesta dengan parking agak jauh so jalan pun tak boleh laju2 lagi.....

Utk mencukupkan syarat, i would like to tag below friends. Sudi2kan la ye..

1. Ana
2. Cipuding
3. Aisha
4. Aqish
5. Landak
6. Kak Ayu
7. Angah
8. ... dah takde kawannn.. huhu..cedeyyynyerrrrrrrrrr....

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015