Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

14 May 2014

Order : Choc Moist Cake

2 comments:

1st order yang ai buat setelah sekian lama ai tutup kedai sejak preggykan zara. Alhamdulillah, my history during pregnancy, ai tak mabuk2 macam sesetengah orang. setakat pening sikit2 waktu pagi tu ada la. tu pun di awal2 kandungan. tapi cuma satu je masa preggy tu.. i malas.. sangat malas.. rasa nak rehat.. duduk je depan tv. tak tau kenapa, tapi tu yh ai rasa. so sebab tu i terpaksa tolak banyak permintaan dan tempahan. maaf ye utk mereka2 yg i terpaksa tolak order tu.

kali ni kawan sekolah lama yg order, utk hero bongsu dia. nasib baik la order dia nak hari wesak kan. so takde la ai rushing2 nak siapkan. mulanya su, kawan ai ni.. tanya utk buatkan kek choc moist dengan kitkat and tabur m&m tu.. so i bagi la harga. and mmg ye, wpun hanya choc moist, tapi kek ni agak mahal sebab modal ke kitkat & m&m tu saja dah almost RM40. tu belum ai cas harga penat & masa ai tinggalkan baby utk ai fokus buat cake as customer request tau. lain la kalau kita beli kat kedai, kek dah siap. so just tunjuk la. tapi homebased macam ai ni, kita buat kek tu macam yg customer nak, yg customer inginkan. tu pasal kadang2 harga homemade cake agak mahal kalau korang sukaaaa compare2 dengan kat kedai.. tolong cerah kan fikiran tu ye.

tapi ai takde la kata kawan ai si su tu macam tu,., dia okay, dia mmg tak kesah. sebab dia nak sangat happykan hero bongsu dia. dia nak design yang ada kereta mcqueen comel tu.. hero dia minattt sangat. dia tanya ai boleh tak buat guna fondant or we called as "figurine". haa.. bap bap ni, ai mmmg kalah u.. ai takde la expert sanagt deco2 cake ni.. i ni kira NOVIS sanagt. figurine2 ni kena bagi otai bakers.. dorang mmg pro and hebat2. kalau setakat figurine bear, figurine gajah ke, yg simple2 tu leh la ai buat. tu pun lepas tengok tutorial kat youtube. hehe. kena rajin menggoogle nk dapatkan ilham utk deco cake. disebab kan ke tak expert-an ai, so i suggest la kat su, pekata ko letak toy car. lepas potong kek, at least anak leh buat main. kalau figurine tu, tak ke sayang... harga utk sebiji figurine mahal tau. ni satu nk cerita pasal kos buat figurine. wpun ada yg ckp - apa ke mahal sangat. bukan besar pun menda tu... mmg tk besar ye, tapi ketelitian, masa and tenaga yg dicurahkan utk hasilkan figurine2 tu. kalau xpert maybe 2-3jam je dah siap. tapi ai.. mau sampai subuh ai dok ngadap menda tu je. hehehe. lagi satu, harga fondant pun agak mahal. so harga yg dicharge tu mmg berpatutan.

su mmg setuju dengan cadangan ai, kebetulan pula dia baru balik dari langkawi. so 2hari sebelum cake dibuat, dia datang hantarkan kit kat and kereta control mainan buat hadiah si anak. dengan itu, terhasil la sebiji kek choc moist yg su inginkan.


9" Choc Moist cake with choc frosting and choc ganache
deco with kit kat and McQueen toy car by customer
weight: 2.5kg 
 
hehe, kemain panjang cerita pasal kek yg satu ni. macam la gempak sangat! buat malu je... :D


05 April 2013

EMCC EXTRA MOIST CHOCOLATE CAKE

No comments:


Fenomena EMCC? Apa tu? oooo.. Choc Moist ke? Sedap?? mmg sedap.. sy dah try semalam, kakak2 saya ni agent EMCC di kawasan Nilai dan Damansara. Jadi saya ni tolong promote dan jualkan sekali.. Ada sapa2 nak cuba? meh contact sini :)

EMCC

EXTRA MOIST CHOCOLATE CAKE 






Harga Pengenalan:

1bekas = RM6.00 sahaja



Mini size pun ada.. sangat sesuai utk doorgift atau jamuan makan2. harga sebekas cuma RM2.90 je




Nak cuba dan nak rasa? Jangan malu2 boleh je terus hubungi kami2 kat bawah ni mengikut kawasan anda :)


Linda - 0123304668 
EMCC di sekitar Sri Gombak, Greenwood, Batu Caves, Taman Melati, Wangsa Maju, Setiawangsa, Pandan Indah, Ampang @ Tesco Ampang, hari bekerja di area KL Sentral. Bukit Beruntung pun boleh juga di area @ Tesco Bukit Beruntung. 

Lina - 0133117709 - EMCC di sekitar Damansara Damai

Ija / Eha - 0192074538 / 0196549383 - EMCC di sekitar Nilai, Bandar Baru Ehsan dan Salak Tinggi



02 January 2012

Angry Bird Order

3 comments:
Received call dari Kak Selly, nk order cake Angry Bird utk hero kesayangannya  sempena ulangtahun ke-5 tepat 1/1/2012. Tak kenal pun akak ni tapi di rekomen oleh kenalan lama di Maxis dulu. kiranya kawan atas kawan la ni... Dari Umai --> Kak Umi --> Kak Selly. Terima kasih utk kak selly atas  peluang dan kepercayaan pada sy, sanggup datang jauh2 dari Shah Alam utk collect birthday cake. Bila dah jumpa, mmg baik dan peramah orangnya. :)

Kak selly minta kek tu dibuat besar sikit sebab takut tak cukup. and dia request juga untuk deco rumput2 hijau. seperti yg diminta, ini hasil yg sy berikan. Kek ni sy buat 2 adunan choc moist cake, dalam ++3kg juga beratnya, topping and filling buttercream and fondant wording. disebabkan and seekor angry bird besar atas kek ni, so kotak kek telah di modified sikit by Mr Hubby. 2biji kotak kek diperlukan untuk menambah ketinggian kotak tersebut. hehe.

 abaikan kasut sikecik tu ye.. hehe.. masa ni Anry Bird belum ada jambul :)


komen kak Selly: kek sedapp..and ahmad zeyad senyum meleret..

thanks kak! :)

17 December 2011

Birthday Cake - Edible Image Yaya

No comments:
Kali ni sy dpt order choc moist cake edible image lagi. Di rekomen oleh si Ana Ucuk utk kawannya sempena Birthday yg Pertama utk Marissa, puteri kesayangan. Special request nak gambar Yaya Boboi Boy. tak hairan la, sebab Yaya ni mmg cute kan.. hehe. Dipersilakan, Marissa & Yaya....


Choc Moist Cake (9"x9") - 1.5kg
Topping Choc Ganache
Deco: Edible Image, Buttercream & Fondant



ready for delivery


and Ana Ucuk kata.. .kek sedap!! tengkiu lalink.. ;)

11 December 2011

Birthday Cake - Zahra

No comments:
Birthday cake utk officemate, Kak Mardiah sempena 2nd birthday puteri sulungnya, Zahra. Celebrate masa office outing kat Janda Baik.

Cake: Choc Moist Cake
Size: 9 inch
Topping: Buttercream 
Deco/Theme: Fresh Garden with fondant wording





Thanks kak.. and Happy Birthday dear Zahra! :)

07 December 2011

Farewell & Birthday Cake

No comments:
Dlm minggu ni, sy dpt order untuk 2 event. Satu utk Encik Wak sempena majlis persaraan beliau dan satu lagi dari Ina, untuk birthday puteri sulungnya.

Majlis untuk farewell En. Wak diadakan di ofis sy, tapi masa tu saya pula tengah bercuti. Plan asal, pergi bercuti semalaman sahaja, hari ahad dah balik KL, so hari Isnin boleh la saya start baking utk majlis hari Selasa. Tapi disebabkan sy bercuti agak panjang, dan hanya sampai di KL hari Isnin 10mlm, then baru perasan telur and baking powder lak habis, merayulah saya pada En Suami utk tolong pergi beli. Dengan gagah dan gigihnya, En Suami pun pergilah keluar utk membeli dan mencari telur (7-11 confirm ada) dan baking powder (ni masalah sikit) di tengah2 malam... 12:30malam! Dan hampir setengah jam, En suami pulang dengan barangan yg dinanti... Cayang awak!!

Pukul 1:30 sy start baking, almost 3am juga la baru kek tu masak. So plan esok pagi2 bangun utk sambung deco. Tp disebabkan mengantuk yg teramat sangat, sy bangun agak lewat, dlm pukul 8. apa lagi, kelam kabut jugak la.... pukul 12tengah hari dah patut kena hantar ke ofis. masak! AKhirnya, siap juga la cake yg dijanjikan, malangnya disebabkan choc ganache tak sempat mengeras lagi, maka terjadila incident stoberi terjun sebaik sampai di ofis wangsa maju. Frust giler... tapi feedback dari kawan2 opis, terjun pun takpe, sebab dorang dah kerat2.... yg pastinya, ramai kata sedap... gebussss... moisttttt... and licin! hehe. legaaaaaaaa..... 




and satu lagi order utk Ina buat puteri kesayangannya, Insyirah yg berusia 2 tahun. Sy buatkan choc moist cake with buttercream deco - garden theme. And she really like it... thanks ina ;)



thanks ;)

29 November 2011

Jalan2 Melaka

No comments:
Plan dengan Ana pergi bercuti ke Melaka sempena minggu cuti Awal Muharram. Ana dah book apartment 2bilik kat Mahkota Hotel pada 26/11 (Sabtu) - 27/11/2011 (Ahad).

Kami bertolak dari KL agak lewat tengahhari dan traffic sepanjang Highway PLUS agak lancar. Tapi sebaik saja kami exit Tol Air Keroh, traffic was very2 bad. Bayangkan it tooks us almost 2 and 1/2 hours to reach Banda Hilir. Dah sampai Bandar Hilir, nk pusing town ke hotel pun satu hal.. mmg bumper-to-bumper. Mungkin disebabkan cuti sekolah, and long weekend pula since Monday is a PH due to Awal Muharram jatuh hari Ahad.

 yeeeeaaa.. dah sampai hotel, kena tunggu auntie ana sebab voucher hotel kat dia.. 
:)


 posing kejap dengan mommy..nia lum leh jalan sendiri


 dinner kat Umbai (baru).. antara menu wajib.. ketam masak chili!!


Our initial plan was, kalau dah sampai Melaka, mesti la nak naik beca kan. Then nk pergi tempat2 seperti Jonker Walks. Mesti seronok kan dapat pusing town naik beca dengan sikecik. Sebab tu kalau ke Melaka, we prefer to stay at town so banyak aktiviti boleh buat.


ishhh.. jem pulak.. napa tak gerak2 ni...


 mommy... kita balik la ye, nia tak dapat parking..
 

Unfortunately, langit tak selalu cerah... memang pun. the moment we checked-out from hotel on Sunday afternoon, hujan turun sangat lebat. bila dah lebat macam tu, traffic lagi la.. sangatttt la tak bergerak langsung! We ended with spent our time for 3 hours pusing2 dalam kereta saja. All parking was fulled! dah petang sikit, baru dapat masuk parking kat Century Mahkota yg betul2 berdepan dengan Mahkota hotel. pergi lepak kat McD sebab dah tersangat lapar.

But before that, sementara pusing2 nk cari parking tu, sempat singgah kat Nadeje, utk beli the famous crepe cakes. As expected, masuk je kedai mmg penuh dengan orang. Ini kali ke-2 sy kesini, cuma masa nk order, kena pastikan cake yg kita nak tu takde alkohol coz some of the cake (actually most of the cake) mmg ada alkohol.


the crepe cakes... so so delicious!!

lepas makan, terus gerak balik KL. Nampak gaya, naik beca lain kali je la..




20 November 2011

Victoria Sandwich Cake

No comments:
Kek saja2 buat.. sebab tengok kakak kat opis, Kak Maria yg sukaaaa buat kek ni and selalu dpt order dari geng2 opis gak. Tekstur and rasa lebih kurang macam butter cake.. tapi sangat moist and sedapppp.. lebih2 lagi lepas letak filling blueberry and tabur sikit dengan dried coconut.

Cara buat pun senang, sy cut & paste (edit sikit) dari Yatie Sinar Kehidupanku


VICTORIA SANDWICH CAKE

Bahan-Bahan:-
  • 250 gm butter
  • 250 gm gula castor 
  • 220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
  • secubit garam*
  • 5 biji telor yg besar
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 2 sudu teh esen vanila
  • Blueberry Filling & Dried Coconut
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
  2. Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
  3. Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
  4. Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
  5. Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.
  7. Sejukan kek dan sapu filling diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur diatas kek dgn gula castor (sy letak dried coconut)





14 November 2011

Kek Suka2

No comments:
Lepas Buat kek besday Paan semalam, saja buat satu lagi adunan kecil Choc Moist Cake utk makan2. Sebabnya nk try test skill deco bunga rose yg baru belajar di kelas Steam Buttercream Hajah Rahmah minggu lepas. Kemudian ala2 pre-besday utk embam tersayang, testing potong kek.. boleh? hehehe
Layankan aje..

Cake: Choc Moist Cake
Size: 6inch
Topping: Choc Ganache
Deco: Buttercream

 Rose yg tak berapa nk menjadi lagi.. kena praktis banyak2 le jawabnya


 Acara potong kek utk pre-besday. hehe.
Happy 10th months besday sayanggggg Rania Syuhada!!




26 August 2011

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015