Salam and good day buat semua.
Lama giler sy tak update blog. Itu hari tangan ni gatal nk tukar template, and terdelete widget, terus haru biru jadinya. Now baru terhegeh-hegeh nak masukkan apa2 yg patut, ni pun rasa tak complete je lagi. Tapi takpelah, akan dilakukan dari masa ke semasa, bergantung pada tahap kerajinan yg ada.
Bukan apa, sejak ada anak ni nk online pun tak leh selalu sangat wpun boleh dikatakan setiap hari laptop ni di ON almost 24hours. hehe. Okeh, sy nk ceritakan serba sedikit tentang diri saya ketika dalam berpantang.
On previous entry, i did mentioned that i am taking a confinement package from Jemari Tradisional. So disebabkan saya bersalin secara caesarean, pada minggu kedua barulah pihak Jemari datang. sekurang-kurangnya, pada minggu kedua badan ni dah kuat sikit la, baru sedap digosok / diurut dan disental apa2 yang patut. Jadinya pada minggu pertama,sy mendapat bantuan dari kakak ipar saya, Kak Long yg menjaga saya terutama dalam menyediakan hidangan berpantang dan menguruskan baby. Kecik sangat dia, tak berani dan tak terdaya lagi sy nk mandikan sendiri. Lagipun, luka jahitan sangat terasa pada minggu pertama tu.
Makcik Mar dihantar kepada saya dan bermakna dia akn tinggal dengan kami selama 2minggu. Rutin harian saya, setiap pagi selepas bangun tidur dalam pukul 9pagi, sy akan serahkan Rania kepadanya utk dimandikan. Sebelum itu air mandian saya telah disediakan seawalnya, which is air rebusan herba dari halia, serai, pandan, lengkuas dan beberapa bahan lagi. sedap betul dapat mandi air suam pagi2 macam ni. dah rumah takde heater. hehe. Selesai mandi, makcik mar dah sedia utk mengurut saya (baby dah selesai mandi dan ditidurkan). Seluruh badan diurut kecuali bahagian perut saya, sedap nye rasa (sakit pun ada - sebab saya ni jenis tak tahan kena urut).. selepas diurut, bertungku pula. satu badan jugala di tungkukan. mmg terasa angin keluar dari badan. lepas tu saya diberi minum air herba yg direbus.. tapi mak aih.. sy tak tahan langsung rasanya, pahit... jadi saya gantikan dengan Air Herbanika NR (Nona Roguy) yg saya beli sebelum bersalin. Ini mmg fav saya, sy letak sikit gula nk bagi sedap. Sekali teguk je dah habis.
air ni mmg cedapp.. *_*
yg ni pun sy amalkan ketika berpantang
hasilnya, makan pagi confirm pukul 4 ketandas.. dengan senangnya
hehe..Dalam pukul 11, lepas selesai semua rawatan keatas saya, makcik mar akan kedapur utk memasakkan makanan tengah hari saya, dikesempatan ini lah saya bermain dengan sikecil. Yang bestnye, masakan makcik mar ni mmg sedap2... sampai bertambah nasi saya, kalau camni gaya makan, alamat makin kembanglah badan. tapi nk buat cemana, mmg serius sedap walaupun cuma sayur rebus je.. kadang2 suami pun tumpang makan juga sebab dia kata sedap. hehe...
Begitulah rutin saya selama hampir 2minggu, saya juga ada bertangas dan berlulur. semua Makcik Mar yg buat.. just serahkan badan dan ikut je. rasa sedap pula badan ni. Tapi disebabkan pada hujung minggu kedua, bapa sy bercadang nk buat majlis cukur jambul buat Rania, jadi dengan terpaksanya sy menghantar makcik Mar balik 3hari awal. Jadi setelah di kawtim dengan kak Rozi (pemilik Jemari Tradisional), 3hari ini akan digantikan dengan penutup berpantang bila saya nk habis pantang nanti.
Overall boleh sy katakan, servis mmg agak bagus, dan sangat sesuai utk orang seperti saya yg terpaksa berpantang sendiri. Ini pun sebab dah takde pilihan. Selepas 2minggu, sy teruskan berpantang sendiri. Time ni agak challenging la, sebab baby dah pandai meragam, jadinya waktu makan dan mandi saya sering je terbabas. Dah le kena masak sendiri, ayoyo...
antara lauk yg sy masak sendiri
sup lobak putih, kerabu pegaga, daging tumis asam & ayam blackpepper
okay itu saja buat kali ni, nanti kita stori menda lain pula... bye ;)



