Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

05 June 2014

MUSIM DEMAM / SAKIT ??

No comments:

Betul ke demam / sakit tu ada musim? dah macam musim bunga.. musim luruh.. musim mengawan. kekekekeke..

tapi betul la kot, sebab ai satu family demam + batuk + sesema. yang sedihnya, pak and mak mertua pun sakit, dua2 warded kat Hospital Ampang (HA). 

kali ni seyes ai demam. demam yg dalam erti kata DEMAM la. temp 38.8. tinggi kan? sebab ai tak pernah demam agak lama dah. mmg jarang betul demam. kalau MC pun biasanya sebab sakit perut, sakit gigi, sakit kepala, malas, ngantuk, hehe. sepanjang preggy zara, Alhamdulillah, tak pernah demam, cuma pening2 sikit tu ada la.

so kali ni ai demam, yg sedih tu, bila Ariana Zara beta pun demam sekali. ai ingat lagi tu, pagi lepas ai buat orded kek candy crush tu rasa badan dah dedar2. tapi temp tak tunjuk demam lagi, cuma batuk sesema dah ada. so pergi klinik GMC, minta ubat batuk awal2, ai dengan rania. rania ni banyak ikut ai, kalau kena batuk, mmg tahap kong kong kong. pehtu lama lak tu baru nak sembuh. so sebelum batuk makin melarat, cepat2 jumpa doc siti. dia bagi ubat batuk (standard la), ubat sesema, and antibiotik kat ai since ai ni punca pembawa kat rumah. ceh!

malam tido, dalam pukul 2pagi, ai rasa sejuk gilerrr.. sejuk tahap menggigil gigil dah. ai siap tarik comforter rapat2 balut badan. tu pun dah minta en hubby off aircond and slowkan kipas. tapi ai still rasa sejuk giler. bila dah tak tahan sangat, ai bangun check temp. sempat ai pegang dahi sikecik sebab ai rasa malam tu zara tido lena sangat. tak minta susu pun. i pegang dahi zara, panas!! cepat2 amek temperature check diri sendiri dulu 38.8! then check zara, 38.4!! whatt? terus kejut encik hubby! 

and first time - Ariana Zara demam and makan ubat! at her 4months old. so bila anak demam ni, kita mmg tido tak lena, risau sebab pengalaman rania kena demam sawan. sejuk ke panas ke, ariana beta terpaksa dibalut dengan kain lembap. kesian bila dengar dia merengek. even ai sendiri bila badan demam, kena air rasa menggigil2, lagikan pula si kecil yg baru berusia 4bulan. sedihkan...

so pendek kan la cerita, demam ariana zara Alhamdulillah tak lama, sebab dady pantau sangat2, bagi makan on-time every 6hours. 2 hari Ariana Zara demam, me almost 3-4days, and sambung Rania pula, almost 5days. dah le jenis susah makan ubat! mmg menguji kesabaran...





kawan baik masa demam

Ariana Zara jumpa Dr Iqbal (paed at GMC).
baik sangat dia, and penerangan yg sangat detail. 
tanya la apa pun.

3hari berturut2 kami berulang-alik ke klinik. hari ni sy and zara, esoknya rania, lusa saya balik (sebab nk kena minta mc), esoknya si rania pula sebab batuk makin menjadi2. 

Now- Alhamdulillah, kami anak beranak dah sihat. sib baik en hubby ada disisi, kesian dia, dok menjaga 3 perempuan kesayangan - tu belum campur mak hubby yg masih di hospital tu. pak dia juga.

so betul la.. demam tu mmg bermusim. sebab rata2 kat wall fb kengkawan, pun ramai yg demam. siap warded anak beranak lagi... apa2 pun, ni semua lumrah kehidupan, dan penghapus dosa2 kecil. syukur ke hadrat Illahi diatas kurniaan kesihatan kepada kita umat nya.. Amin..



02 June 2011

MC lagi - June 2011

No comments:
Yes.. i was on MC today. Dah sebulan tak kena, tiba2 subuh tadi sy diserang sakit batu hempedu / gallstone tu lagi. Pukul 4 pagi sy terjaga bila Nia merengek meminta susu. Ketika tu juga, sy dah rasa tak sedap di bahagian ulu hati. Masa tu dah leh agak mcam sakit gallstone tu je... sy kedapur utk makan ubat yg doktor pakar bekalkan. kemudian sy sambung tido. pukul 6 pagi, sy dah tak boleh nk tidur. sakit semakin kuat. masa tu dah mula rasa baring tak kena, duduk tak kena, pendek kata semua tak kena. sy keluar dari bilik tidur, tinggalkan Nia yg merengek utk menyusu lagi dengan Daddy-nya. Sy baringkan diri seorang diri di ruang tamu. Masa tu En Daddy dah tanya, nk ke klinik ke utk injection, tp sy kata nanti dulu, hari pun dh nk siang, kalau boleh tak nak mengganggu lena sikecil. Biasa nya Nia akan terjaga sendiri pukul 7.

Pukul 7 pagi, sy dah tak leh tahan. Sakit makin menjadi-jadi, mula la sy merengek dan mengerang kecil. Kami bersiap utk pergi ke Klinik, sikecil tak bangun lagi, tapi kami angkat dia dan bawa masuk ke kereta. (bila angkat terus dia terjaga dan memberi senyuman comel seperti biasa.. terubat sikit rasa sakit tu..)

Destinasi pertama ke klinik yg berdekatan. Malangnya, sampai di sana - klinik masih tutup lagi. Kami pergi pula ke klinik lain, pun begitu. En Daddy pergi pula ke pinggiran, ya - 4 klinik yg ada disana masih belum beroperasi manakala sebuah lagi Doctor belum sampai. Sakit semakin menjadi jadi. Dari Pinggiran Sri Gombak kami menghala pula ke Sri Gombak Prima dan Taman Samudera (klinik 24jam yg ada disini). Malangnya, doktor masih belum sampai (masa ni doctor tukar shift, so shift pagi masih belum masuk). Rata-rata mengatakan Doctor akan masuk dalam pukul 8.30 atau 9 pagi. Masa ni, hanya Tuhan je tahu betapa seksanya sy menahan sakit. 


Syukurlah, sikecil Nia tak buat perangai, baik saja dalam car seat nya. seronok agaknya pagi2 dapat berjalan.

Maka dengan terpaksanya, sy tahankan je lah sakit yg semakin kuat menyerang. tepat pukul 8.30 sy pergi ke klinik dan diberi suntikan tahan sakit. Lepas itu kami terus pulang ke rumah, dan menyambung tidur masing2 (termasuk la si kecil). Nampak gayanya, En Daddy pun EL hari ni. Sy sedar pukul 12 tengahhari, masih terasa lagi sakitnya. Sy paksa diri tidur, dalam pukul 2 sy terjaga, Alhamdulillah sakit sudah beransur hilang. 

Biasanya bila saya sakit, selain sakit yg kuat di ulu hati, senak perut dan sakit hingga ke tulang belikat di belakang bahagian kanan, mmg semua serba tak kena. Bila baring, sakit makin terasa - seolah-olah dihimpit kuat, lagi2 kalau baring mengereng. duduk tak boleh, berdiri tak boleh, menonggeng pun tak boleh. Siapa yg pernah rasa, mesti tahu betapa sakitnya la hai.... Sy pasti akan cirit-birit dan muntah-muntah. 

Selepas sy berjumpa Dr pakar di Hospital Ampang Puteri utk rawatan susulan minggu lepas, disebabkan sy tetap menolak utk membuat pembedahan membuang hempedu atau laparoskopik, doktor telah memberi ubat utk dimakan selama sebulan. Sejak saya amalkan makan ubat tersebut setiap kali selepas makan bermula bulan lepas, langsung tak pernah kena sakit. Masa tu cadangan nk berubat kampung di Melaka (mmg famous tempat ni) sy batalkan dengan alasan dah tak sakit.. dan berharap ubat2 tersebut telah berjaya memecahkan batu2 yg ada di dalam hempedu sy. Rupanya, siapa sangka, penangan makan Char Keuw Tiau yg di beli En. Daddy pukul 12 malam semalam, membuatkan saya tergolek semahu2nya. Masa makan tu dah perasan - minyak meriah sungguh. Tp sy buat tak endah je... dlm hati (ubatkan ada..)

Kawan di ofis, yg sy panggil Ayahnda atau abang Halili, ada memberi sy Nenas Batu. 

sumber dari blog ini

sumber dari blog ini

Katanya, InsyaAllah boleh membantu dlm mengubati sakit batu hempedu ni. Caranya, dengan merebus buahnya dah airnya dibuat minum dalam 3 hari. Disebabkan ini pertama kali sy melihat Nenas Batu, sy agak teruja dan merasa sayang nk  potong. Lagi2 dengan jambulnya yg sangat cantik. Sy simpan nenas tersebut hingga ke hari ini (dah seminggu) dan merendamnya dalam baldi berair. Lepas ni nk buat la... serik dengan sakit yg dialami. Hehe... 

Nampak gaya, terpaksalah sy berpantang lagi. Pesan doctor: "boleh kalau tak nak operate, tapi no oily food, takde yang goreng2... goreng pisang,, goreng ayam.. susah tu.. boleh ke?" Tentu sahaja jawpan saya "payah tu" hehe... tp nampak gayanya, itu lah pilihan yg saya ada buat masa ni.

Huhu....

05 May 2011

Sakit Lagi

1 comment:
Semenjak masuk kerja awal bulan 4 selepas cuti berpantang, sehingga ke hari ni, setiap minggu saya pasti akan MC. Sebabnya gastric pain yg kerap menyerang saya biasanya di waktu malam. Sy mmg ada gastric tapi jarang betul sy kena sekerap sekarang ini. Kalau kena, pasti terguling-guling sy dibuatnya dek kerana menahan kesakitan yg amat sangat. Sakit dibahagian ulu hati, menyucuk-nyucuk sampai bahu kanan saya. Sampai merengek-rengek saya dibuatnya kerana tak tahan sakit yg amat sangat. Terpaksalah, Encik Suami membawa saya ke klinik 24jam yg ada untuk mendapatkan rawatan, dan begitu jugalah sikecil. Kesian melihat dia yg sedang nyenyak tidur, terpaksa diangkat utk dibawa bersama. Tersentuh betul hati saya. 




Diklinik, mmg sy minta injection saja utk melegakan kesakitan yg teramat sanagt. bermakna, cukup bulan april ni, 5 kali jugalah sy kena. Ubat gastrik yg dibekalkan tak payah cerita la... 4 klinik sy pergi, bermakna banyak betul ubat yg saya dapat untuk gastric tapi berlainan jenis.

Nak masuk bulan 5, kami bercadang nk pergi bercuti sempena Anniversary ke-3 kami (jatuh pada 1 May). Encik suami berkata, sy perlu pergi hospital utk check-up dan dapatkan rawatan bagi sakit yg saya hadapi. Dia tak nak bila bercuti nanti, saya akan sakit lagi. pasti tak best bercuti tapi sakit. Nak tanak, sy akur akhirnya.

Pada 29/5/2011, hari Jumaat kami mengambil cuti iaitu sehari sebelum percutian yg dirancang ke Penang esoknya. Kami pergi ke Hospital Ampang Puteri utk dapatkan check-up. Sy diminta berjumpa Doctor Pakar Surgery, Dr Abdullah Taha. 2 jenis rawatan yg dicadangkan iaitu Ultrasound dan Scoping (kamera dimasukkan kedalam perut dan sy akan "ditidurkan" sepenuhnya - LEGAAAA).

Hasil daripada kedua ujian tersebut, sy disahkan mengidap Batu Hempedu atau GALLSTONE. Terdapat batu2 kecil di dalam hempedu saya dan doktor menyatakan sy harus menjalani pembedahan utk membuang hempedu saya. Tentu saja jawapan saya TIDAK. sebabnya, i need a break from operation. Pada yg dah tahu tentang sejarah saya, kalau sy setuju utk operate, ini merupakan pembedahan kali ke-4 dalam hidup saya dan kali-3 sepanjang 3tahun berturut-turut. Doctor memberi saya 2jenis ubat utk dimakan selama sebulan, dan sy harus datang utk check-up sebulan dari sekarang.

Dlm masa ini, sy berharap - batu2 kecil itu akan hilang. So, kena jaga pemakanan terutama makanan yang berminyak. So mulai hari ni, i have to say BYE-BYE buat sementara waktu pada makanan yg bergoreng. Espicially my fav Goreng Pisang..

Sedihnyaaa.....


Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015