09 May 2011

Selamat Hari Ibu

Sy ingin mengucapkan Selamat Hari IBU khas dan teristimewa buat ibu saya dan ibu mertua saya yg keduanya sangat saya kasihi. Tiada apa yg dpt sy beri melainkan sanjungan yg tak terhingga buat keduanya. 



Dan utk pertama kalinya, sy juga dapat merasakan sambutan Hari Ibu setelah bergelar ibu kepada Rania Nur Syuhada. Bercerita tentang puteri kesayangan, dia sudah pun berusia 3bulan. Bermakna, 3bulan jugalah saya memegang title ibu. Tak dinafikan, Rania umpama sebutir permata yg teramat berharga buat saya dan suami. Sy akan pastikan dia mendapat yang terbaik dari setiap segi. Namun, adakalanya ia menjadi persoalan buat saya. Adakah saya seorang ibu yang baik buat nya?

Sy tidak pernah bercerita tentang dilema sy. Sesuatu yg nyata TERBAIK tapi sy tak mampu beri padanya. DILEMA yg maksudkan adalah.. AIR SUSU IBU.

Sedari Nia dalam kandungan lagi, sy berazam dan bersemangat utk memberi esklusif breastfeeding. Sy cuba kumpulkan seberapa banyak ilmu dengan membaca blog2 para ibu yang 100% breastfeeding, betapa kagumnya sy bila lihat stok susu yg diperah dan disimpan penuh satu peti ais. Sy sangat kagum. Niat yg sama sy simpan dan semat dihati. Tapi apa yg sy harapkan tidak menjadi. Sy kekurangan air susu. Ya, sangat kurang. Walaupun sy amat memahami konsep DEMAND & SUPPLY dan tiada istilah TIADA AIR SUSU tp itulah dilema terbesar saya. Setiap kali memberinya SUSU FORMULA, hati sy pilu. Sekarang ni Rania minum susu formula 100%. Tiada lagi keinginannya utk menyusu secara terus dengan sy. Kalau sy sua dan pujuk, pasti dia akan menjerit menangis semahunya. Tu belum lagi dibuatnya seolah-olah nk muntah. Ya, sikecil 3bulan saya telah pandai memilih.

Bukan sy tak cuba, sy sudah lakukan seboleh yg mungkin. Wpun tak mampu, sy usahakan juga. Hasil susu ketika mengepam sentiasa sama. Suku oz utk kanan dan kiri. Bila dicampur, dapatla sy 1/2 oz utk satu sessi pengepaman.Sy akan kumpulkan utk sehari - sampaila sy dpt simpan 3oz barulah saya masukkan didalam pack dan disimpan di tempat beku. Ya, sehari saya dpt 3oz. Itu cukup membuat saya bersyukur.

Sy kurang mengepam? Sy akan mengepam setiap 3jam, kalau terbabas (terutama waktu malam), pukul 6pagi sy pasti akan bangun mengepam. Power pumping? Tandem pumping? Semua saya dah cuba. Tak cukup dengan Medela Freestyle yg sy guna (dipinjamkan oleh sahabat sy Yatie - kerana dia sudah berhenti mengepam), sy beli pula pam manual. Sy buat juga teknik marmet iaitu perahan guna tangan. dan hasilnya TETAP SAMA.

Dari segi pemakanan, lagi la... sepanjang berpantang, sup lobak putih + sayur kucai merupakan menu utama harian saya. Minum Horlick, minum air halba, minum air longan.. semua sy dah cuba. Milk booster? Pun sy dah cuba.. Sampai doc pakar (Gynaecologist and Paediatrician) keduanya ada memberi saya pil tambah susu.


Bila balik ke ofis, ramai kawan2 yg seangkatan (baru bersalin+mengepam). Bila kami mengepam beramai-ramai, sy tebalkan muka. Masing2 dengan hasil lumayan mereka.. penuh botol tapi sy sebaliknya. Ya, sy tetap mengepam dalam pukul 9, 12, 3 dan 5. Kami simpan hasil 'tuaian' kami di dalam peti ais di pantry. Selain perbezaan bekas/botol masing2, bekas sy disimpan didalam plastik berwarna. sebabnya, sy tak mahu orang lain melihat hasil 'tuaian' sy. Saya malu.

Dan hari ni, sehari selepas hari IBU, utk pertama kalinya sy tidak mengepam langsung di ofis. Sy cuba bertahan selama ini, tapi akhirnya, semangat sy pudar. Sy mula GIVE UP. Sy rindukan saat menyusukan Rania, tidur bersamanya sambil susukan dia. Melihat wajah comelnya memandang tepat ke muka saya disaat dia menyusu bersama saya. Jauh disudut hati saya, masih kah saya ada peluang ini..???


Adakah saya seorang ibu yang GAGAL?


Sy lontarkan masalah sy dengan menghantar emel kepada beberapa pakar laktasi dan ibu2 yg sangat berpengalaman dalam penyusuan susu ibu. Jutaan terima kasih sy ucapkan buat mereka yg membantu dari segi nasihat. Tapi apakan daya, semangat sy kian hilang...

2 comments:

Along Ayu said...

Salam Leenz,
Jangan fikir2 sgt, yg penting leen dah berusaha tu maksudnya mgkin ada rahmat disebalik apa yg berlaku...Susah payah leen nak mendptkan, mengandungkan dan nak melahirkan dia tu adalah bukti leen antara ibu2 yg terbaik..lain org lain kondisi badannya..akak dulu susu byk..tp bila dah stat keje..baby sitter x bg kasi susu badan sepenuhnya..akhirnya anak2 selesa minum susu tin. Bila bg susu badan trus muntah. Jadinye bape bulan je dpt bagi..

Percayalah..selagi kita mendoakan yg baik tuk anak2 kita...kita adalah ibu yg terbaik buat diorg...
Insyallah...

AQisH said...

ye la linda..nak susukan badan ni mmg mcm2 cabaran kena tempoh..cabaran pertama emosi kita..mungkin sbb anak pertama ni..belum ada pengalaman..x perlah cuba utk anak kedua ketiga dan seterusnya..anak aku no 1 & 2 tu pon takat 5 bln je dpt susu ibu..berlainan yg no 3 ni..100% susu ibu sampai sekrg dah 10 bln..alhamdulillah..

aper lagi beranak lagi lepas ni yerrr hehe..

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015