05 May 2011

Sakit Lagi

Semenjak masuk kerja awal bulan 4 selepas cuti berpantang, sehingga ke hari ni, setiap minggu saya pasti akan MC. Sebabnya gastric pain yg kerap menyerang saya biasanya di waktu malam. Sy mmg ada gastric tapi jarang betul sy kena sekerap sekarang ini. Kalau kena, pasti terguling-guling sy dibuatnya dek kerana menahan kesakitan yg amat sangat. Sakit dibahagian ulu hati, menyucuk-nyucuk sampai bahu kanan saya. Sampai merengek-rengek saya dibuatnya kerana tak tahan sakit yg amat sangat. Terpaksalah, Encik Suami membawa saya ke klinik 24jam yg ada untuk mendapatkan rawatan, dan begitu jugalah sikecil. Kesian melihat dia yg sedang nyenyak tidur, terpaksa diangkat utk dibawa bersama. Tersentuh betul hati saya. 




Diklinik, mmg sy minta injection saja utk melegakan kesakitan yg teramat sanagt. bermakna, cukup bulan april ni, 5 kali jugalah sy kena. Ubat gastrik yg dibekalkan tak payah cerita la... 4 klinik sy pergi, bermakna banyak betul ubat yg saya dapat untuk gastric tapi berlainan jenis.

Nak masuk bulan 5, kami bercadang nk pergi bercuti sempena Anniversary ke-3 kami (jatuh pada 1 May). Encik suami berkata, sy perlu pergi hospital utk check-up dan dapatkan rawatan bagi sakit yg saya hadapi. Dia tak nak bila bercuti nanti, saya akan sakit lagi. pasti tak best bercuti tapi sakit. Nak tanak, sy akur akhirnya.

Pada 29/5/2011, hari Jumaat kami mengambil cuti iaitu sehari sebelum percutian yg dirancang ke Penang esoknya. Kami pergi ke Hospital Ampang Puteri utk dapatkan check-up. Sy diminta berjumpa Doctor Pakar Surgery, Dr Abdullah Taha. 2 jenis rawatan yg dicadangkan iaitu Ultrasound dan Scoping (kamera dimasukkan kedalam perut dan sy akan "ditidurkan" sepenuhnya - LEGAAAA).

Hasil daripada kedua ujian tersebut, sy disahkan mengidap Batu Hempedu atau GALLSTONE. Terdapat batu2 kecil di dalam hempedu saya dan doktor menyatakan sy harus menjalani pembedahan utk membuang hempedu saya. Tentu saja jawapan saya TIDAK. sebabnya, i need a break from operation. Pada yg dah tahu tentang sejarah saya, kalau sy setuju utk operate, ini merupakan pembedahan kali ke-4 dalam hidup saya dan kali-3 sepanjang 3tahun berturut-turut. Doctor memberi saya 2jenis ubat utk dimakan selama sebulan, dan sy harus datang utk check-up sebulan dari sekarang.

Dlm masa ini, sy berharap - batu2 kecil itu akan hilang. So, kena jaga pemakanan terutama makanan yang berminyak. So mulai hari ni, i have to say BYE-BYE buat sementara waktu pada makanan yg bergoreng. Espicially my fav Goreng Pisang..

Sedihnyaaa.....


1 comment:

Unknown said...

ditimpa kesakitan adalah salah satu petanda kasih sayang dan rahmat Allah buat kamu wahai sahabat...:)

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015