24 October 2012

Ujian buat ku - Sawan Tarik!

Sesuatu yang paling aku takuti.. yang paling aku cuba elakkan dari terjadi - akhirnya terjadi jugak. Rania kena sawan tarik!! Semua berlaku dengan terlalu pantas. Hari sabtu kami terkejut apabila mendapati badan Rania agak panas dari biasa. Mana tidaknya, dia boleh dikatakan baru je dlm seminggu lebih sembuh dari demam + sesema + batuk + muntah2 yang kami tidak tahu puncanya walaupun sudah menerima rawatan dari beberapa klinik pakar kanak2 yg agak well known di area ni. 

 Pada hari Ahad, dalam pukul 3:30 pagi, aku terjaga dari tidur bila Rania tiba2 bangun menangis. aku agak terkejut bila badannya sangat panas! terus aku kejutkan En. Suami dan bila dia pegang je Rania, terus dia bangun melompat dari katil meminta aku bersiap utk membawa Rania ke hospital dengan segera. Dalam perjalanan, aku meminta En Suami utk pergi ke klinik 24jam yg ada di Prima Sri Gombak dulu, sebelum kami terus ke hospital. Sudah tentu yg aku bayangkan, kalau hantar ke hospital, confirm Rania akan diwarded, disamping membygkan dia menangis bila nurse/doc mencucuk nya utk drip. 

Sampai diklinik, doc yg bertugas memberitahu temperature Rania is about 39degree. It is very high! but he strongly recommend us to take her back selepas memberi "ubat bontot" - dan meminta kami pantau keadaannya kalau menjelang esok, suhu masih tinggi, then baru bawa ke hospital. Walaupun kami cuba memberi hint pada doctor tentang kecenderungan kami utk membawa Rania ke hospital masa tu juga. 

Dalam pukul 4 pagi kami sampai dirumah, dan bersiap utk sambung tidur. Masa tu keadaan Rania agak mencurigakan saya, sy perasan dia seolah-olah kesejukan teramat sangat, ada kalanya saya nampak dia seolah-olah menggigil. Kaki dan tanganya sangat sejuk walaupun badan dia sangat panas! saya memujuk dia utk tidur, matanya agak bulat, ada kalanya dia bercakap-cakap sambil tangannya menunjuk-nunjuk ... namun sy terus memujuknya utk tidur dan meminta en Suami menutup lampu. 

Ketika itulah, dalam kegelapan yg hanya baru sesaat... badan Rania seakan-akan terjentik jentik dan melentik lentik.. tangannya didepangkan, dengan pantas sy terus memeluk dan mengangkatnya bangun dan menjerit supaya En Suami membuka lampu. Saat lampu dibuka, kami dapati mati Rania terbeliak bulat begitu juga mulutnya!! Ya Allah!! Baby kena sawan!! Badannnya terkejang kejang.. dan sy terus menjerit meraung memanggil namanya! 

Dengan pantas En Suami menyuruh saya masuk kebilik air dan terus sahaja menyiram Rania dengan air paip! Masa tu sy umpamakan keadaan Rania seolah-olah kami menyiram anak patung! Yang dah kaku dan tiada reaksi bila dicurahkan air... which is definitely not her! Rania tak suka air disiram kan kekepalanya dan pasti akan menjerit sambil menepis tangan kami. Tanpa berlengah lagi, kami segera berlari ke luar utk membawanya ke hospital. Keadaan saya semakin teruk sebaik sahaja keluar dari pintu rumah, kami dapati Rania sudah Kaku! Kejang! dan tak bergerak dan matanya bulat terbeliak! Sy meraung!! sekuat hATI!! HAMPIR PENGSAN KERANA MEMBAYANGKAN YG BUKAN2!! 

Dalam kekalutan, sy gegar grill jiran, meminta pertolongan. Encik Jiran meminta kami segera membawanya terus ke hospital!! tak mampu saya utk bayangkan keadaan saya ketika itu, yg pastinya saya meraung meminta suami segera ke hospital. selaju yg boleh!! ketika dalam kereta, tiba-tiba sy terdengar esakan lemah Rania seolah-olah kepenatan. saya memeluknya, menciumnya bertalu-talu.. memanggil manggil namanya.. beristighfar tapi still dalam keadaan MERAUNG! YA ALLAH!! betapa takutnya saya ketika itu... sy letakkan jari didalam mulutnya, biarlah! dia nak gigit pun sy dah tak pikir apa.. yg pasti, sy mahukan Rania saya! sy nampak dia lemah, mataya kejap buka kejap tutup.. tapi sy pastikan sepanjang perjalanan, dia tidak tidur.. sy sentiasa memanggil namanya setiapkali dia menutup mata! 

kami bergegas selaju yang boleh ke Ampang Puteri! Dalam 15minit kami sampai, terus meluru ke Emergency, mujurlah tiada pesakit lain ketika itu dan kerana Rania pernah ada rekod sebelum ini, kami terus diminta masuk ke wad utk pemeriksaan. Rania terus diberi rawatan, dan Alhamdulillah yang teramat sangat.. ketika itu Rania sudah sedar.... bersyukurnya saya yg tidak terhingga ke hadrat Allah, betapa saya rasakan diri ini terlalu hina dimataNya, Ampunkan segala dosaku YaAllah, Kau berikanlah aku peluang utk terus melihat Anugerah Mu ini membesar dan betapa tidak sanggup untuk aku kehilangannya... .... Amin.... 

Dengan hati yang rela dan redha, aku meminta agar Rania di masukkan ke wad.... 

 to be continued....

2 comments:

mama leen said...

Ya Allah linda.. kesian rania.. sy tak dapat bayangkan.. kalau saya pun mesti dh nangis jerit2 semua.. ada tak bawak jumpa ustaz ke.. sian dia selalu sgt demam, muntah.. semoga dia ce[pat sihat macam selalu.. amin

MamaFarhan said...

mendengar raungan linda membuatkan ila terpikir yg bukan2... sgt terkejut... mmg kebetulan tgh menyusukan firdaus... lepas jer mirul naik terus ila tanya bertubi2... sepanjang pagi ila x boleh tidor... pagi2 dah suruh mirul kol syam ty nia ok ker? huhuhuhu....

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015