13 January 2012

4th day of Atkins

2 comments:
Salam and hi all..

nk update progress pagi ni, sebab excited kan. hehe. Sambungan update pagi semalam, Khamis 12/1/2012 - iaitu hari ke-4 ber-ATKINS,

 letak lagi... :)

Breakfast : telur separuh masak 2biji

Lunch: ikan bakar, udang sambal 3 ekor, kobis tumis
 opss.. ada nasikan? tp biasala, sy tak makan pun, segan kalau orang keliling perasan takde nasi.. hehe. biasanya, kalau sy amek nasi, sy bg kat kawan luncheon sy ni, Pn Suzie.. hehe.. sebab dia seorang Ibu yg BF, so nasi wajib makan. lagipun dia sangat selim orangnya.... hehe.



Dinner: Lamb chop (marinated ngan TELLY black pepper) + grill tomato and brokoli

 ha... menarik tak? yg ada potato grill and black pepper sauce tu Mr. Hubby punya ye. sebab KENTANG  atau SOS yg manis is sangat NO NO to me. Untuk sikecik sayang, tu puting tu.. hehe. kejam mommy ye...? mommy buatkan Nia baked potato gak la sayang :)


tak de sos pun SEDAP giler! beli Australian Lamb kat Giant Permata. mmg sedap.

dinner terlewat sikit.. sebab sampai rumah lepas maghrib, nk defrost kambing lagi, pukul 8:30 baru masak, pukul 9 baru start makan. sambil tu TERMAKAN wafer chocolate 2batang.. sedap sangat bila tengok sikecik nyum nyum nyum... hehe...

and pagi ni, FRIDAY 13/1/2011, timbang berat..... hasilnya:




ho ho ho... sangat suka... hilang 200g pun jadila, sikit2 lama jadi bukit kan... hehehe... Alhamdulillah :)

pagi ni makan telur dadar cheese, letak sayur salad + tomato + 1/2tbs mayonis. nyum!!



auuwww, i like!

and few blogger yg sy jumpa sedang ber-ATKINS ialah...

http://fiezzamy.blogspot.com
http://serihati-aku.blogspot.com

dan ni ialah blog adik DZUL, yg dah lama berATKINS dan berjaya capai impiannya..

http://www.taknakgemuk.com


congrats all ;)

oh ya, sy ada tanya kan pendapat Doctor masa sy nk amek MC hari Rabu lepas about this ATKINS Diet, this is what she said, u boleh buat diet atkins tu, but not too much protein, sebab too much protein can cause problem to your kidney. but u still boleh teruskan...

hurmm.. saya rasa, patutlah dalam diet ATKINS, diWAJIBKAN utk minum air putih sebanyak yg boleh. tapi sy akan cuba seimbangkan juga. kita cuba okeh....

luv,


12 January 2012

What is ATKINS DIET

No comments:
source: info dari MR. BICIKUT blog. 


Diet Atkins lebihkan sumber Protien daripada karbohidrat


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula
, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 MINGGU INDUCTION:

ELAKKAN:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.


Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
 
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
 
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu
 Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:

1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:

1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula. Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

The Journey of Atkins is Begin

3 comments:
Salam semua,

As promised, here are the entry that i wanna tell about - ATKINS DIET. hehe.. macam tak percaya je kan. betul ke sy nk berdiet ni...? boleh ke? tahan ke? ni la semua persoalan yg sentiasa menghantui diri sendiri. tu belum dengan reaksi kawan2 lain lak.. ada yg positif.. negatif pun ada. bila sy kata i am on diet.. mesti ada yg buat muka like "hurmm.. yelah tu..". sedih kan... tapi takpe, sy nk cuba sematkan semangat. all this happen after i notice that i've gained weight and few of my baju keje dah tak muat. ada yg sangkut kat perut, ada yg sangkut kat lengan... sedihnya. Yang paling buat sy tak leh terima, when i saw some photos of me, i feel so ugly to see my perut yang bulat memboyot and muka semakin lebar. sedih malu semua ada. during kenduri cukur jambul my niece on last December, almost all the relatives and neighbours commented on my shape. Dah tak macam dulu..Jawapan yg sy mampu beri... "nak buat camna.. saya redha..". dlm hati tuhan je yg tau, sabarrrrrrrrrrrrrrrrr...


One day, a friend of mine posted on her FB wall that her 2012 resolution is to loose weight. One of her friend replied to refer his blog, which is: MR BICIKUT. From Mr Bicikut's blog, then i found out about this ATKINS DIET and how the program helps him to loose weight. and i tell you, it's work! Yup, it's work for him and he loose a lot! You can see how different he is now. Congrats to Mr. Bicikut, and from there i started GOOGLE-ing about ATKINS DIET as i want to know more and more. barulah sy tahu, actually there are many blogger out there are currently in ATKINS... and i surfed to one by one blogs to read on their journey.


after reading and understand what is ATKINS DIET- i think i shud give it a try. it's simple and interesting! you no need to starving, you no need to control ur food so much, and even you're not require to skip a meal per day. easy ha..?? senang2 pun, the most important is - NO CARBOHYDRATE! sanggup??? hehehe.. mula2 rasa tak sanggup, giler, nak makan apa kalau no carbo. rupanya... after visiting few blogs, where most of them posted what they ate everyday... barulah sy tau.. tak susah la, senang je. makanan pun still menarik and sedap2... hehehe... tak caya....? 


ok, i will update on the 3 days progress while i'm on ATKINS. i will post an entry what is ATKINS later ya. utk langkah pertama ATKINS, i need to go for 2 WEEKS INDUCTION.


i started on last Monday (sabtu ahad tu sy lepaskan gian awal2... bedal Big Apple, Sushi, KFC and macam2..takut nanti masa berATKINS teringin pulak. hehe). So, saya buat rutin, every morning sy akan timbang berat dulu, then baru breakfast (masak sendiri, makan kat rumah kalau sempat, kalau tak - tapau makan kat opis je..). syarat utama during ATKINS ni, NO CARBO and DRINK LOTS OF WATER! air putih/masak/sejuk - 2L or 3L sehari. So progress sy dari hari Isnin sampai hari ni ialah:




MONDAY 9/1/2012

Berat: 52.5kg
(hr pertama.. lupa lak nk snap gambar)
Breakfast: Scrambled egg (2bj) + tomato + salad + 1/2tbs mayonis
Lunch: Ikan bakar seekor + air asam +  sayur tauge tumis
Dinner: Sup Daging semangkuk + telur dadar (makan kat gerai SUP MELETOP Sri gombak)

TUESDAY 10/1/2012

Berat: jeng jeng jeng....

 wah!! seronok giler masa ni, berkobar2 semangat saya nk teruskan ATKINS. hehe.

Breakfast: Cheese Omelette + salad + tomato with 1/2tbs mayonis
look nice and delicious kan..? hehe

LUNCH: ikan bakar keramat + air asam + sayur tumis tauge, tomato cherry, pucuk ubi
ada nasikan.. tapi nasi tu berlakon je, segan lak kalau tak amek nasi.
lepas tu nasi tu disedekahkan kat Pn Suzie.. hehe.. (jeles ko tengok badan dia..anak 2 tu) huhu..

DINNER: 
Flaming Steamboat! Cobaan paling hebat. AISKRIM WOoooo.. huhu. TAPI - sy berjaya tahan. i took LOTS of sayur, telur, lotss of udang, isi ikan, ayam. terbabas aiskrim 1/2sudu teh.. sebab Nia tanak mamam... uuwwaaa..
gambar selepas makan: hehehe...sisa kulit udang...
too bad, kalau dah kat sana, sampai pukul 9mlm baru sudah makan.... haiyooo..


WEDNESDAY 11/01/2012

BERAT: 52.1kg 
berat naik gara2 steamboat semalam..uwwaaa. lupa nk snap sebab sedih...

Breakfast: Telur separuh masak (2biji)

Lunch: sup telur + sawi sepokok + tomato and ikan goreng seekor
hari ni mc, so sy masak sendiri kat rumah, ikan goreng lupa nk snap. rangup sangat :). lepas tu sy buka YouTUBE layan video work out dance. hehe. Jumpa video 10minutes workout with Tiffany Rothe. Then i followwww, sangat best, hasilnya, pinggang, peha and lengan saya sakittt giler... haha.. padan muka, sebab lama dah tak exercise.

DINNER:
fetch Mr. Hubby and baby kat wangsa maju, then Mr Hubby ajak minum kat NZ (alamak!). Ye... iman sy tak kuat.. sy tergoda dan TOSEI GARING SATU! huhu!!ngap! sedapppp!!! masa tu pukul 7pm. terus declare tanak makan pape dah, teguk air sebotol besar! huhu...

and today, hasil sy berATKINS selama 3 hari... ni sy timbang pagi ni...THURSDAY 13/1/2011,




seronok giler.....! selepas 3 hari berATKINS, dari 52.5kg sy turun ke 51kg. bermakna, sy hilang 1.5kg dalam 3 hari tanpa berlapar! mmg seronok... and yg bestnya, sy tak rasa nk pitam ke, pengsan ke, lemah ke. sy rasa sihat je... tak lapar, and bersemangat.... semoga semangat ni takkan hilang sebab nak cuba utk 2minggu pertama ni. hehehe... 


so, ada sapa2 nk cuba tak? kalau sudi, jom la kita berATKINS sama2 ye.... yg dah kurus tu takyah ye, Pn Suzie & Pn Mekda, and yg preggy tu pun jgn ngada2 ye, khas buat Pn Ana and Pn Alina. hehehe..nanti sy sambung entry tentang ATKINS ye ;)




hati yg gumbira,


09 January 2012

Salam Monday

6 comments:
It's getting worst and i need to do something. The question is, am i able to do that? Mampukah saya bertahan? 



What ever it is, i need to try. but, try what? hurmmm... i'll update you on the mission after 3 days as I am on my 1st day of 'ATKINS'.

So, be with me on coming Thursday ya ;)


 Ya Allah, kuatkan semangat ku.. bantulah aku. Amin....


04 January 2012

Wordless Wednesday 040112

1 comment:
my EMBAM :)

New Routine in 2012

No comments:
Not much changes happen in 2012. life still the same, having the THREE of us in the same roof. tak bertambah2 lagi.. futhermore, Rania still 11 mo and still early to have more kan... i've changed my mind as earlier i was thinking to conceive when Rania is 1 year... (just another few more weeks, cepatnya masa berlalu). but looking back at some point like our condition especially the financial, we still need time. however, if it meant to be, tentunya kami terima dengan hati yg terbuka... dengan penuh kesyukuran. Harap2 peluang sy tak sesusah dulu lepas ni... InsyaAllah..

Mr Hubby has started working at new place this year. can i call it as "long distance relationship"?? hehehe.. mesti ada yg kata mengada. Yelah, since we married, staying at Sri Gombak and working at Wangsa Maju/Keramat area - pergi balik keje sama2, sometime we have lunch together, or kalau ada barang tertinggal ke apa ke, i simply call him minta datang office kejap - all no issue. Then he moved to new company at Ampang, still we have same routine. Bangun pagi, hantar Rania ke rumah pengasuh di Sec 1 Wangsa Maju, then hantar mommy ke ofis (5min dari rumah pengasuh) then Mr Hubby terus ke ofis di Plaza Ampang.

HOME @SG --> Sec 1, WM --> Sec 10, WM --> Plaza Ampang --> Sec 10, WM --> Sec 1, WM --> Home @ SG

Sekarang, wpun still pergi balik sama2, but Mr. Hubby kena naik train to office as he working at Plaza Sentral. So New routine is,

HOME @SG --> Sec 1, WM --> LRT, WM --> Sec 10, WM --> LRT, SriRampai --> Sec 1, WM --> Home @ SG

depend on how fast Mr Hubby can catch his train to here. usually it will take about 1/2 hour, tu tak masuk kalau putra tu breakdown ke, buat hal ke... mean while, i'll be waiting him at office before fetch him at Sri Rampai station and then fetch Rania together. Nampak gaya, sangat CEMERLANG la rekod Attendance saya. be at office before 8:30am and leave after 6:00pm! wah, ni dah bagus, boleh la padamkan rekod2 buruk lepas.  rekod2 yg sangat buruk. hehehe..

HAPPY NEW YEAR ALL ;)



02 January 2012

Angry Bird Order

3 comments:
Received call dari Kak Selly, nk order cake Angry Bird utk hero kesayangannya  sempena ulangtahun ke-5 tepat 1/1/2012. Tak kenal pun akak ni tapi di rekomen oleh kenalan lama di Maxis dulu. kiranya kawan atas kawan la ni... Dari Umai --> Kak Umi --> Kak Selly. Terima kasih utk kak selly atas  peluang dan kepercayaan pada sy, sanggup datang jauh2 dari Shah Alam utk collect birthday cake. Bila dah jumpa, mmg baik dan peramah orangnya. :)

Kak selly minta kek tu dibuat besar sikit sebab takut tak cukup. and dia request juga untuk deco rumput2 hijau. seperti yg diminta, ini hasil yg sy berikan. Kek ni sy buat 2 adunan choc moist cake, dalam ++3kg juga beratnya, topping and filling buttercream and fondant wording. disebabkan and seekor angry bird besar atas kek ni, so kotak kek telah di modified sikit by Mr Hubby. 2biji kotak kek diperlukan untuk menambah ketinggian kotak tersebut. hehe.

 abaikan kasut sikecik tu ye.. hehe.. masa ni Anry Bird belum ada jambul :)


komen kak Selly: kek sedapp..and ahmad zeyad senyum meleret..

thanks kak! :)

01 January 2012

Happy New Year 2012

No comments:
Wish all of you a very happy new year of 2012.


Sekian :)


(mode malas)

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015