13 September 2011

Rania @ 6 & 7months

Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri tahun ni, Rania Syuhada genap berumur 7 bulan. Dah makin banyak ragam dan karenah manja yg sentiasa mencuit hari sy dan suami. 

Bulan Ramadhan lepas, dia berumur 6bulan. Sudah tiba masanya sy perkenalkan dia dengan makanan pejal. Ye, walaupun sy gagal memberi dia susu ibu sepenuhnya, tapi sy tetap bertahan agar dia diberi makanan pejal pada umur 6bulan.

 gambar sehari sebelum raya di Bukit Tinggi, Colmar Tropicale

Pada awalnya, sy beri dia Cerelac perasa beras dan soya. Kemudian, sy perkenalkan dia dengan puree buah2an seperti avocado, carrot, pisang and apple. Tp dia kurang berminat. Seminggu kemudiannya, sy beri dia bubur nasi yg diblender kosong, ditambah dengan carrot, kemudian saya tambah pula kentang, dan seterusnya saya tambah pula dengan ikan bilis, labu dan sedikit minyak zaitun. Hingga hari ini, ini merupakan makanan favourite dia. Sy ialah orang yg sangat excited bila waktu memberi sikecil makan. Lebih2 lagi kalau dia menunjukkan respon yg sangat2 positif, dah siap nganga mulut bila nampak sy baru nk sudukan bubur. hehe.. sangat cute je rasanya.

my 6 months old princess


Sy akui, Nia agak lambat utk meniarap.. sepanjang 3 - 5bulan, sy ada melatih dia utk meniarap, tapi masa tu dia agak keberatan. kalau sy tiarapkan, tak sampai 30saat, dia akan menjerit marah minta di baringkan atau didirikan... mungkin dia belum bersedia. tepat umurnya 6bulan, tanpa sy sedari, sikecil dah pandai memusingkan badan nya sendiri utk meniarap. sejak hari tu, makin giat pula dia bergolek-golek meniarap. tidur pun dah pandai meniarap, kalau sebelum ini, Nia tak reti langsung tido meniarap kerana dari kecil lagi sy biasakan dia tidur mengiring dan menelentang. 

Pada usia nya 7bulan pula, sikecik dah pandai menyusur... dah boleh angkat bontot sikit2 (especially bila tengah protes tanak tido... asal saya baringkan dia, pasti dia bergolek meniarap sambil angkat2 bontot..).. seminggu lepas raya, di rumah pengasuh, dia mula menyusur sendiri... kata Mama Pengasuh dia, laju juga dia tarik badan. Agaknya bila pula dia akan mula merangkak ye?


Dan dirumah, Nia sy letakkan di dalam walker, sebagai persediaan utk dia belajar berjalan. Selain tu, lebih kepada memudahkan Mommy and Daddynya.. maklumla, Rania merupakan seorang anak yg sukakan perhatian, kena sentiasa ada dengan dia. Kalau 24jam nk kena pegang/ dukung, mmg tak buat keje la jawabnya.. hehe. Sy rasa ini bukan keputusan yg salah, sebab sy tengok dia pun sangat suka bila duduk dalam walker. Dia seronok mengejar dan melungsur kesana kesini. Andai kata masa tu sy di dapur, pasti dia akan datang melungsur laju mencari saya... begitu juga kalau sy di dalam bilik.... dan dah pandai mencapai barang... apa yg dia jumpa diatas meja dan kalau mampu dicapai, habis la... Antara mangsa: pokok bunga tiruan sy, yg sedari awalnya tak pernah berusik... tup tup asyik tumbang bila sikecil suka tarik. kesian pokok tu. tu belum campur kalau sy lepaskan dia di lantai.. pasti laju melungsur kebawah sofa atau kabinet... agaknya apa akan jadi ye kalau esok2 dia dah boleh merangkak? Alamat semua barang kena letak atas la.. no more hiasan2 kecik... hahaha. Every mommies mesti rasa pengalaman manis ni kan.. .menjerit-jerit bila sikecik nk capai tu la, capai ni la... agaknya tak lama lagi saya akan jadi Mommy Tarzan la... macam orang lain..

Last but not least, to Myself, TUnggguuuuuuuuuuuuuuuu..... *_* (wink!)

 Gambar Raya 2011
Rania Syuhada @ 7 months old



2 comments:

Suzie Ahmad said...

don't worry.... mesti akan jadi tarzan pye.. mcm suzie skrg.. kdg2 menjerit marahkan si Ainin smpi bawah bole dgr... hahaha.. umah pun tgkt 2 mesti la bole dgr kan.... xpe seronok bila mlm2 tenung muka dorg tgh tido.. xsangka dah jd ibu..... ;)

Unknown said...

tu la.. tunggu gak time bertukar jadi tarzan.. betul, tak sangka kan..dah jadi mak budak kita rupanya :)

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015