Yes.. i was on MC today. Dah sebulan tak kena, tiba2 subuh tadi sy diserang sakit batu hempedu / gallstone tu lagi. Pukul 4 pagi sy terjaga bila Nia merengek meminta susu. Ketika tu juga, sy dah rasa tak sedap di bahagian ulu hati. Masa tu dah leh agak mcam sakit gallstone tu je... sy kedapur utk makan ubat yg doktor pakar bekalkan. kemudian sy sambung tido. pukul 6 pagi, sy dah tak boleh nk tidur. sakit semakin kuat. masa tu dah mula rasa baring tak kena, duduk tak kena, pendek kata semua tak kena. sy keluar dari bilik tidur, tinggalkan Nia yg merengek utk menyusu lagi dengan Daddy-nya. Sy baringkan diri seorang diri di ruang tamu. Masa tu En Daddy dah tanya, nk ke klinik ke utk injection, tp sy kata nanti dulu, hari pun dh nk siang, kalau boleh tak nak mengganggu lena sikecil. Biasa nya Nia akan terjaga sendiri pukul 7.
Pukul 7 pagi, sy dah tak leh tahan. Sakit makin menjadi-jadi, mula la sy merengek dan mengerang kecil. Kami bersiap utk pergi ke Klinik, sikecil tak bangun lagi, tapi kami angkat dia dan bawa masuk ke kereta. (bila angkat terus dia terjaga dan memberi senyuman comel seperti biasa.. terubat sikit rasa sakit tu..)
Destinasi pertama ke klinik yg berdekatan. Malangnya, sampai di sana - klinik masih tutup lagi. Kami pergi pula ke klinik lain, pun begitu. En Daddy pergi pula ke pinggiran, ya - 4 klinik yg ada disana masih belum beroperasi manakala sebuah lagi Doctor belum sampai. Sakit semakin menjadi jadi. Dari Pinggiran Sri Gombak kami menghala pula ke Sri Gombak Prima dan Taman Samudera (klinik 24jam yg ada disini). Malangnya, doktor masih belum sampai (masa ni doctor tukar shift, so shift pagi masih belum masuk). Rata-rata mengatakan Doctor akan masuk dalam pukul 8.30 atau 9 pagi. Masa ni, hanya Tuhan je tahu betapa seksanya sy menahan sakit.
Syukurlah, sikecil Nia tak buat perangai, baik saja dalam car seat nya. seronok agaknya pagi2 dapat berjalan.
Maka dengan terpaksanya, sy tahankan je lah sakit yg semakin kuat menyerang. tepat pukul 8.30 sy pergi ke klinik dan diberi suntikan tahan sakit. Lepas itu kami terus pulang ke rumah, dan menyambung tidur masing2 (termasuk la si kecil). Nampak gayanya, En Daddy pun EL hari ni. Sy sedar pukul 12 tengahhari, masih terasa lagi sakitnya. Sy paksa diri tidur, dalam pukul 2 sy terjaga, Alhamdulillah sakit sudah beransur hilang.
Biasanya bila saya sakit, selain sakit yg kuat di ulu hati, senak perut dan sakit hingga ke tulang belikat di belakang bahagian kanan, mmg semua serba tak kena. Bila baring, sakit makin terasa - seolah-olah dihimpit kuat, lagi2 kalau baring mengereng. duduk tak boleh, berdiri tak boleh, menonggeng pun tak boleh. Siapa yg pernah rasa, mesti tahu betapa sakitnya la hai.... Sy pasti akan cirit-birit dan muntah-muntah.
Selepas sy berjumpa Dr pakar di Hospital Ampang Puteri utk rawatan susulan minggu lepas, disebabkan sy tetap menolak utk membuat pembedahan membuang hempedu atau laparoskopik, doktor telah memberi ubat utk dimakan selama sebulan. Sejak saya amalkan makan ubat tersebut setiap kali selepas makan bermula bulan lepas, langsung tak pernah kena sakit. Masa tu cadangan nk berubat kampung di Melaka (mmg famous tempat ni) sy batalkan dengan alasan dah tak sakit.. dan berharap ubat2 tersebut telah berjaya memecahkan batu2 yg ada di dalam hempedu sy. Rupanya, siapa sangka, penangan makan Char Keuw Tiau yg di beli En. Daddy pukul 12 malam semalam, membuatkan saya tergolek semahu2nya. Masa makan tu dah perasan - minyak meriah sungguh. Tp sy buat tak endah je... dlm hati (ubatkan ada..)
Kawan di ofis, yg sy panggil Ayahnda atau abang Halili, ada memberi sy Nenas Batu.
sumber dari blog ini
sumber dari blog ini
Katanya, InsyaAllah boleh membantu dlm mengubati sakit batu hempedu ni. Caranya, dengan merebus buahnya dah airnya dibuat minum dalam 3 hari. Disebabkan ini pertama kali sy melihat Nenas Batu, sy agak teruja dan merasa sayang nk potong. Lagi2 dengan jambulnya yg sangat cantik. Sy simpan nenas tersebut hingga ke hari ini (dah seminggu) dan merendamnya dalam baldi berair. Lepas ni nk buat la... serik dengan sakit yg dialami. Hehe...
Nampak gaya, terpaksalah sy berpantang lagi. Pesan doctor: "boleh kalau tak nak operate, tapi no oily food, takde yang goreng2... goreng pisang,, goreng ayam.. susah tu.. boleh ke?" Tentu sahaja jawpan saya "payah tu" hehe... tp nampak gayanya, itu lah pilihan yg saya ada buat masa ni.
Huhu....
No comments:
Post a Comment