20 October 2010

Pengalaman Pertama di Klinik Kesihatan


Entry kali ini sy nk ceritakan pengalaman saya membuat pre-natal check-up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, berhampiran kediaman saya, iaitu di Selayang. Yup! - after 6months pregnant, this are my 1st check-up. Pada mulanya saya tidak bercadang untuk membuat rawatan disini walaupun sy plan utk bersalin di hospital Kerajaan (either Selayang or Ampang). Ada pendapat yg mengatakan, sekarang ni kalau tak check-up di klinik kerajaan pun masih boleh diterima bersalin di hospital kerajaan. Tetapi, bila kakak dan kawan2 saya cerita, betapa telitinya rawatan yg diberikan di klinik kesihatan kepada ibu2 mengandung, itu yg membuatkan saya tergerak hati utk pergi. So far, semasa monthly check-up, what doctor did was ultrasound test, urine test and 1 time blood test. Result: all okay... baby also in good condition. Despite of my couleges, she already had diabetec test and tetanus injection at Klinik Kesihatan. Dalam erti kata lain, since we both pregnant pada masa yg sama, dia dah pun minum air gula & mendapat injection kancing gigi, which i don't!. So, sy mula la rasa gelabah dan meminta Encik Suami membawa saya utk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan. Selain itu, apa yg saya faham, di Klinik kesihatan, setiap kali check-up akan diharuskan mengambil darah. Not only 1 time as i did - ada juga mengukur perut dimana nurse bertugas akan memastikan bahawa air ketuban kita mencukupi atau tidak, bagaimana kedudukan bayi selain daripada khidmat nasihat tentang pemakanan kita - kurang darah ke tidak, apa yg perlu di makan, apa yg perlu di elakkan... which all the info does not provided in detail at private clinic. Selain itu, saya diberitahu, selepas bersalin, akan ada nurse datang kerumah utk melihat/melawat keadaan kita dirumah. Bagus juga tu, since sy plan nk berpantang di rumah sendiri - maybe will hire someone / midwife to take care of me and baby for the first 2weeks disebabkan condition both my mother and mother in law yg mungkin tk dpt membantu saya ketika berpantang.

So, here I am today! Pagi2 dah serbu Klinik Kesihatan dengan harapan we both are the 1st person stand-in in-front of the building. Rupanya tidak sama sekali. Masa tu dalam pukul 7:50am tapi orang dah ramai menunggu di lobi. Haiyyooo..... 

Tepat pukul 8:00, i registered myself at the counter as "Pendaftaran Kes Baru". Then kami di minta menunggu sehingga nama di panggil. Dalam 20minit, nama saya dipanggil dan saya diminta membuat ujian air kencing, mengambil berat and tinggi. Semuanya kena buat sendiri - pada awal2 tu agak terpinga-pinga juga la saya dan suami, kat mana nk dpt bekas kencing ni, terdapat sebuah bilik dengan sign "Tempat Ujian Air kencing" - bila saya masuk yg ada berbekas-bekas sample air kencing ditinggalkan di sebuah meja.. or peti.. or kabinet.. or ntahlah.. kemudian saya bertanyakan pada salah seorang kakak yg kebetulan berdiri di situ sambil memegang bekas kencingnya. "kak, mana nk dpt bekas ni ye?" - suka2 panggil dia kakak sedangkan sy yakin teramat sangat yg diri ni lagi tua dari dia.. hehe - "ohh.. ada je dlm toilet.. dorang letak kat atas sinki". So, saya pun terus ke public toilet di luar (keadaan agak kurang memuaskan..) and walla... betulla, banyak nye bekas kecik2 (tak ubah macam bekas sumi tu) yg diletakkan di atas sinki. so pandai2 la ye. Lepas tu bawa masuk bekas tu kedalam then sy letakkan dengan sample urine yg lain diatas meja/peti/kabinet/ntahapantah dan tunggu. tak lama tu, datang seorang nurse sambil membawa 2 bekas, diikuti ibu2 mengandung dalam 10-12 orang, masing2 pergi mendapatkan sample urine tadi (since bekas tu ada number - so kena ingat la ye mana satu kita punya). Bersesak-sesak juga la semua since bilik tu teramat la keciknya... Nurse tersebut menghulurkan satu bekas berupa kertas test (ala2 kertas litmus) then dia celup dalam sample urine yg kita pegang, then bertukar menjadi hijau then dia buang dalam tong sampah then kita kena ambik satu lagi kertas yg dipotong kecil2, then next! haha! sy pun ikut je lah apa orang lain buat kemudian sy terdengar nurse tu seolah olah membuat pengumuman - "kalau sy diam tu tandanya takde masalah ye...".... saya pun  "ooooooooooooooooo" sambil tersengih-sengih pergi mendapatkan encik suami.. kemudian encik Suami membantu saya mengukur tinggi dan menimbang berat. haha.. rasa kelakar pun ada, dah macam orang pergi kursus je, cumanya peserta kursus kali ni semuanya buncit-buncit!

Itu baru cerita sejam pertama, kemudian saya dikehendaki menunggu lagi sehingga nama di panggil. Dlm pukul 9:00 lebih, nama saya dipanggil dan saya masuk kesebuah bilik. Dalam tu ada 4-5orang nurse sedang "menemuramah" ibu2 mengandung. Rupanya, mereka memerlukan data peribadi saya utk ditulis di dalam buku yg menjadi idaman ibu2 mengandung, iaitu - BUKU MERAH &PINK! Setelah selesai, nurse yg bertugas meminta saya pergi ke "Bilik Mesyuarat" utk mengambil darah. Maka, berlegar la saya mencari bilik mesyuarat la pulak...

Di dalam bilik mesyuarat - dlm pukul 10:00 , kelihatan seorang sahaja nurse yang ditugaskan utk mengambil darah - samada kes baru atau yg dah ada kes (ayat sebenar - orang lama dan orang baru) while yg lain tu semua ibu2 mengandung yg sedang menunggu giliran. Ramai ke? Mmggggggggggg ramai.. nama pun bilik mesyuarat, sampai penuh kerusi. tapi yg bagusnya, nurse ni mmg cekap kerja dia.. laju je dia mencucuk dan mengambil darah. Bila tiba giliran saya, itupun setelah menunggu agak lama - almost 1 hour... tapi dia buat sekejap je, tak sampai seminit. Selepas itu kami "orang2 baru" diminta membawa sample darah masing2 ke makmal yg terletak dihujung bangunan. 

Ketika di makmal (pukul 11:00 lebih) - ruang menunggu terlalu la sempit - dah macam bilik stor. Sy dan yg lain2 terpaksa menunggu sambil berdiri kerana kerusi yg disediakan langsung tidak mencukupi, mungkin disebabkan ruang yg terlalu sempit (ulang lagi)... Masa ni perut saya dah berbunyi2, yelah, dari pagi saya tak makan apa2 - jadi encik suami belikan saya secawan air soya, 2ketul karipap dan 2ketul donut. Sekali sedut dan ngap! semuanya licin. Hari dah la makin panas, tak cukup secawan sy mintak Encik suami belikan lagi air soya, kalau boleh nk 2 cawan! Setelah menunggu agak lama, akhirnya sy dapat la result darah saya dan result tersebut kena di bawa semula ke bilik mesyuarat supaya nurse yg cekap tadi dpt memasukkan detail di dalam buku Pink saya. 

Pukul 12:15 t/hari, sy dan buku pink saya dikehendaki pergi ke sessi seterusnya iaitu berjumpa dengan doktor atau pegawai perubatan yg bertugas. Terlalu ramai pesakit iaitu ibu2 mengandung yg "terdampar" sambil menunggu nombor masing2 dipanggil utk berjumpa dengan doktor. Dan akhirnya, nombor sy dipanggil agak2 dalam pukul 1:20minit.... lama kannnnnnnnnn??? kejang and kebas seluruh badan dah rasanya. Itu pun sy dah merengek kat Encik Suami nak balik je... tapi dengan lembutnya Encik Suami suruh saya sabarrrrrrrrrrr.... dia kata nk bersalin nanti agaknya lagi lama tunggu... aduusssssssssssss... tahan je lah kan.. Jumpa doktor rasanya tak sampai 10minit, setelah membuat next appointment, kami pun berjalan keluar utk pulang tepat pukul 1:30 tengah hari.

Begitulah pengalaman sy membuat rawatan di Klinik Kesihatan. Masa menunggu yg terlalu lama membuatkan sy rasa sangat keletihan... bukan buat apa pun, just menunggu, nasib baik hari ni sy dan suami mengambil cuti. Tapi demi anak dan buku pink, akan sy tempuh juga. Harapan saya, semoga suatu hari nanti, Klinik2 Kesihatan yg ada, dapat memperbaiki mutu perkhidmatan mereka dari segi proses dan prosedure utk ibu2 mengandung. Total 5 jam setengah yg sy spent di sana, rasanya terlalulaaaaaaaaaaaaaahhh lama, bukan utk kami ibu2 mengandung ni saja, tapi utk semua pesakit2 yg datang mendapatkan rawatan. Orang sakit, takkan nk tunggu lama2kan...?  Nasib baik, utk next appointment - sy dikehendaki datang dalam pukul 11, so harap2 kurang la sikit masa menunggu tu kan.... ;)



buku PINK saya *wink*

7 comments:

Anonymous said...

OMG! u pregnant dah-ling? dah 6mth? mmg ketinggalan I nih. CONGRATULATION! semoaga semuanya berjalan lancar, jaga diri & baby baik2 k :)

Farhana Baharin said...

hahahahaha...leh jadi giler kan tggu lama2..wakakkaka..harap bersabar..ade blk bulan je lag nk tempuh..chaiyok2 kalong...!!

Unknown said...

cg: yeah.. i am now.. hehe.. thanks ;)

ucuk: hadoii.... suka tak suka.. tahan aje lah.. huhu..

Farhana Baharin said...

itu la kan..tuk baby terchenta..:-)

madu penyubur said...

elok nian baby nya..

Anonymous said...

Nurse ad bg kertas lab kn?..kalau stiap kali appointment gne krts y sme tu je k?ataupun kne gne kertas y bru tiap kali ambik drh?

nicknurieyluvpenyu said...

Salam sis..masa nurse mintak maklumat utk buku pink..dia mintak maklumat aoe je ye?

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015