08 September 2010

Salam Aidilfitri

Saya masih di ofis hari ini. Mungkin mula bercuti esok, sehari sebelum Aidilfitri. Di kesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan selamat bercuti buat semua.. Maaf Zahir dan Batin selama perkenalan ataupun ada tulisan saya yg ada menyinggung perasaan..

Tidak seperti Aidilfitri tahun lepas, saya dan suami mungkin akan menyambut raya pertama di Hospital Ampang. Ibu mertua saya telah dimasukkan ke sana pada Ahad lepas, disebabkan oleh jangkitan kencing manis. Pada hari Isnin, dia telah dimasukkan ke bilik pembedahan utk memotong 3 jari kakinya. Nampaknya, tiadalah kuah lodeh dan rendang sedap mak mertua. Saya dan kakak2 ipar telah berpakat untuk masa bersama2 di malam raya.. tapi tentulah hasilnya tidak akan sama dengan air tangan seorang ibu.

Semoga ibu mertua cepat sembuh, tabah dan redha dengan dugaan ini. Begitu juga dengan kami semua.... Amin....

Akhir kata utk hari ini,



No comments:

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015