02 October 2011

Sushi VS Belacan

Penat... petang tadi sampai je rumah, 3beranak pengsan atas katil... dasyat giler penat dia.. Yang pelik tu, bukan penat buat keje ke, berlari 100m ke... tapi penat makan g open house! haha

Walaupun Syawal dah berlalu, sy masih lagi dpt jemputan Open house. Hari ni ada 2, satu di Batang Kali rumah abang sy sendiri. Yang ni rugi tak pergi. sebabnya abang n kakak ipar saya ni pakar masak! kalau tak pergi mmg rugi la... and seperti yg sy sangkakan, menu semua mmg mabeles! walaupun ketika cuaca panas membahang, orang ramai tak putus nk menikmati hidangan. Later akan sy update cerita lebih lanjut ye.. tu pun kalau sempat.

Balik dari batang kali, hajat di hati nk terus ke Cameron Highlands. Kitorang dah pack baju awal2, kot2 tersesat kesana terus kan, tup tup dpt panggilan dari seorang sahabat mengajak ke Open house dia pula di Gombak Permai, dekat sangat dengan rumah Abah. So, nampak gaya terpaksa la lupakan hajat nk ke Cameron tu. Sementara ada kesempatan ni, better pergi je rumah sahabat tu sebagai kunjungan balas di atas kehadiran dia ke rumah kami ketika jamuan raya itu hari.

Baby dah masuk tido, tengah2 malam macam ni, tetiba je tekak sy menginginkan sesuatu... tetiba je terasa nak makan.. SUSHI! hadusss... dah mula dah.. perangai pelik saya (kata hubby) yg suka mintak merapu2 di TENGAH2 MALAM! mana nk cari??? hahaha!!

 Pic fm Pakcik Google

Sy ni sebenarnya baru je belajar makan SUSHI. Dulu, sushi tu langsung tak boleh diterima oleh tekak sy ni.. sampai saya rasa pelik bila tengok kawan2 dengan selamba NGAP sushi2 tersebut. terasa macam makan nasik, kepal dengan timun ke, carrot ke, crab stik ke.. cicah kicap masin, then telan! Ntah apa yg sedap nya. Tapi semuanya berubah bila masa mengadungkan Nia, tekak tetiba macam nk makan sushi. Tapi makan sushi yg simple la, yg jenis nasi balut dengan dengan timun ke, crab stik ke, telur ke. Kalau jenis yg agak2 mencabar tu, tak berani lagi nk NGAP!. Biasanya sy akan beli yg sedia ada di JJ. So far pernah cuba makan di restoran Octopus. Boleh la... now tetiba teringin nk cuba di Sushi King. Tak berkesempatan lagi nak pergi..

Terliur dah ni...
Pic fm Pakcik Google

Malangnya En. Hubby bukan jenis yg makan menda2 macam ni. Bagi dia sushi ni sumthing yg pelik. walau penat saya merayu dan merengek, tentu jawapan dia NO. Pernah dulu - sy pujuk dia makan Tako tao. Pun tak di layan jugak. sehingga suatu hari, agaknya dapat hidayah kot... dia nk cuba makan tako tao. sebabnya, dia tak puas hati kenapa setiap kali sy nk beli tako tao tu, mesti kena beratur panjang. ramai tul peminat tako tao tu. And setelah dicuba, now tako tao became his FAVOURATE! Kalau beli kena sorang satu, takut tak cukup! sabar je lah.. 
 
 Pic fm Pakcik Google

Tu belum kisah sy merajuk sebab nk makan kat Tenpayaki tu... penat sy cuba explain pada dia, bukan pelik pun. Nasi putih, tauge goreng, and ayam/daging goreng. menda yg tak pelik! At last berjaya juga, dia kata makanan OK!

Cuma sekarang, pujuk rayu sy nk ajak dia makan SUSHI masih tak dilayan. Dipandang sepi! Kadang2 bila ikut geram hati saya.. mula la sy membebel... "nama je keturunan JEPUN! tapi tak makan SUSHI! makan SAMBAL BELACAN je. Huh!"  


Pic fm Pakcik Google
Yang pastinya malam ini, muncung sy akan menjadi sedepa panjanggggnyaaaaaaaaaaaaa....

No comments:

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015