03 October 2011

Menu Baby

Salam and hi semua,

Sedikit update tentang menu sikecil. Since she is now 8 months, sy mula perkenalkan menu yg berprotein seperti ayam dan ikan. Sebelum ni dah cuba ikan tenggiri, nampak gaya Nia tak berapa nk suka KECUALI, kata pengasuh dia, bubur nasi tu di campur sedikit dengan KICAP. Adehh.. pengsan!

Info yg sy baca dari internet, menggalakkan kita supaya tidak mencampur sebarang perasa seperti garam dan gula terutamanya utk baby dibawah 1 tahun. Sebabnya, buah pinggang baby masih terlalu fresh utk memproses segala jenis galian tersebut. So, setiap menu/bubur Nia mmg sy tak masuk langsung garam atau gula. Biasanya, sy akan lebihkan carrot dan kentang.. So carrot tu akan beri rasa manis2 dan kentang pula supaya lebih lemak and creamy. Pada mulanya, dia mmg suka, SANGAT!

Tp mungkin silap sy juga, suka sangat bila tengok dia makan atau mencuba sesuatu makanan yg baru. Lagi2 bila Nia dah boleh makan, ngam2 time Raya kan. So bayangkan, beraneka jenis kuih raya yg sy bg dia rasa. Dari situ, sy perasan mmg dia suka manis2 terutama Almond London! Opsss.. sy bukan bagi dia sebiji tu tau, sy bagi dia isap2 coklat tu je...camtu gak dengan biskut makmur. Kadang2 bila makan ketupat, sy suapkan sedikit pada dia. Mungkin dari situ, Nia dah mula mengenal apa itu rasa masam, manis dan masin (tak masuk air oren yg kadang2 diberi sedikit pada dia... hadoiiii... bad mommy!!) Jadi, tak mungkin sesekali sy akan menyalahkan pengasuh Nia (dipanggil Mama) kerana mendedahkan dia dengan KICAP. Kalau itu saja cara utk menarik minatnya utk, sy redha dan berserah, dengan harapan Nia Syuhada akan membesar dengan sihat dan menjadi seorang budak yg comel! hehe... Itu pun sy amat bersyukur dipertemukan dengan Mama Nia, yg sudi menjaga anak sy tak ubah seperti anak sendiri. Berbagai pesan, nasihat dan panduan diberi kepada saya.

Jauh melalut, back to her menu. Semalam sy cuba masak cara baru pula. Kali ni Bubur, sayur dan lauk sy asingkan. Antara sebab, sy nk pastikan dia mendapat makanan yg seimbang, bubur nasi yg mencukupi mengikut perkembangannya dan utk pastikan sekiranya menu terbaru saya dapat diterima baik oleh sistem badannya or terdapat sebarang allergi. 

Utk bubur sy still guna beras yg sy dah kisar pada awalnya, 2 sudu besar boleh menghasilkan 4bekas kecil (just nice utk 2 hari), untuk lunch (12:30pm) and dinner (before 6pm). Sayur pula sy akan rebus dan blender berasingan, saya masih mengekalkan carrot + kentang, dengan tambahan utk kali ini ialah Kobis Bunga. 
 
Isi ayam yg sy rebus bersama bubur nasi, pun sy blender berasingan. Selepas itu, sayur dan isi ayam tadi sy masukkan kedalam bekas ais batu yang ada penutup tu dan dimasukkan ke dalam freezer. Bila dah keras, sy akan masukkan beberapa 'biji" kedalam bekas besar yg dilabel, dan dihidangkan sebagai LAUK. Pesan sy pada Mama Nia, utk setiap bekas nasi, boleh la masukkan seketul sayur dan seketul ayam. Kalau nk sayur lebih pun takpe, dan dipanaskan bersama bubur nasi tadi.Kata Mama Nia, cara paling senang utk panaskan bubur Nia ialah dengan meletakkan bekas bubur nasi tadi ke dalam periuk nasi bila nasi tu dah bertukar masak. err.. boleh paham ke ayat sy ni? hehehe..

 
bubur nasi dalam bekas kecil
isi ayam dan sayur2an dalam bekas kiub ais

 masuk dlm freezer utk dibekukan

 taraaa... 
1 ketul ayam + 1 ketul sayur akan dimasukkan kedalam 1 bekas nasi nanti


 opss.. lupa nk cakap, bubur nasi tadi, bila dah masak, tutup api then masukkan sedikit minyak zaitun. 
antara kelebihanya, boleh tolong baby yg agak 'kurus' :D
 
Lepas ni, apa lagi menu yg best2 utk diberi pada sikecil ya? takpe, sy akan dapatkan bantuan dari Pakcik Google utk mendapatkan segala bagai info dan panduan yg boleh digunakan nanti.. Setiap kali sy membuat menu baru utk Nia, sy rasa sangat excited dgn harapan dia akan suka dengan apa yg akan sy hidangkan... Mamam banyak2 ye baby! :)


5 comments:

Mrs. Eeza Herman said...

nia mamam almond london..advancenye..hihihi..

iza pun sama gk, kdg2 kesian, colet la sket coklat..siap menjilat..

kalo linda nak senang bg mama nia, linda beli tupperware yg kecik utk bubuh 1cube ayam, 1 cube sayur buat dlm 2 bekas..senang bila cube tu dah cair, xlah susah mama nia nak asingkan nanti..

uSHi GuRL said...

Nasib Nia tua 2 bln dari Aql... Mommy Aql leh curi resepi yg Nia dah try jer. Hahaha....

Leenz Yusoff said...

eeza, maksudnya satu bekas tu letak kiub ayam and kiub sayur seketul eyh? betul gak tu .. :)

Mrs. Eeza Herman said...

yup....
iza letak seketul2 dlm 1 bekas..senang bila dia da cair, bercampur sendiri..
lagipun, 1 kiub ayam+1 kiub sayur+1 kiub bubur pun dah jadi byk utk hazeq..

Mrs. Eeza Herman said...

pastu kalo nak buat dua kali makan, buat dua bekas..
mcm iza, 1 bekas utk breakfast, 1 lg utk lunch..iza masukkan dlm freezer mak..bila nak prepare, mak iza just kuarkan dan panaskan je..tak la susah sgt..

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015