14 May 2014

Order : Choc Moist Cake


1st order yang ai buat setelah sekian lama ai tutup kedai sejak preggykan zara. Alhamdulillah, my history during pregnancy, ai tak mabuk2 macam sesetengah orang. setakat pening sikit2 waktu pagi tu ada la. tu pun di awal2 kandungan. tapi cuma satu je masa preggy tu.. i malas.. sangat malas.. rasa nak rehat.. duduk je depan tv. tak tau kenapa, tapi tu yh ai rasa. so sebab tu i terpaksa tolak banyak permintaan dan tempahan. maaf ye utk mereka2 yg i terpaksa tolak order tu.

kali ni kawan sekolah lama yg order, utk hero bongsu dia. nasib baik la order dia nak hari wesak kan. so takde la ai rushing2 nak siapkan. mulanya su, kawan ai ni.. tanya utk buatkan kek choc moist dengan kitkat and tabur m&m tu.. so i bagi la harga. and mmg ye, wpun hanya choc moist, tapi kek ni agak mahal sebab modal ke kitkat & m&m tu saja dah almost RM40. tu belum ai cas harga penat & masa ai tinggalkan baby utk ai fokus buat cake as customer request tau. lain la kalau kita beli kat kedai, kek dah siap. so just tunjuk la. tapi homebased macam ai ni, kita buat kek tu macam yg customer nak, yg customer inginkan. tu pasal kadang2 harga homemade cake agak mahal kalau korang sukaaaa compare2 dengan kat kedai.. tolong cerah kan fikiran tu ye.

tapi ai takde la kata kawan ai si su tu macam tu,., dia okay, dia mmg tak kesah. sebab dia nak sangat happykan hero bongsu dia. dia nak design yang ada kereta mcqueen comel tu.. hero dia minattt sangat. dia tanya ai boleh tak buat guna fondant or we called as "figurine". haa.. bap bap ni, ai mmmg kalah u.. ai takde la expert sanagt deco2 cake ni.. i ni kira NOVIS sanagt. figurine2 ni kena bagi otai bakers.. dorang mmg pro and hebat2. kalau setakat figurine bear, figurine gajah ke, yg simple2 tu leh la ai buat. tu pun lepas tengok tutorial kat youtube. hehe. kena rajin menggoogle nk dapatkan ilham utk deco cake. disebab kan ke tak expert-an ai, so i suggest la kat su, pekata ko letak toy car. lepas potong kek, at least anak leh buat main. kalau figurine tu, tak ke sayang... harga utk sebiji figurine mahal tau. ni satu nk cerita pasal kos buat figurine. wpun ada yg ckp - apa ke mahal sangat. bukan besar pun menda tu... mmg tk besar ye, tapi ketelitian, masa and tenaga yg dicurahkan utk hasilkan figurine2 tu. kalau xpert maybe 2-3jam je dah siap. tapi ai.. mau sampai subuh ai dok ngadap menda tu je. hehehe. lagi satu, harga fondant pun agak mahal. so harga yg dicharge tu mmg berpatutan.

su mmg setuju dengan cadangan ai, kebetulan pula dia baru balik dari langkawi. so 2hari sebelum cake dibuat, dia datang hantarkan kit kat and kereta control mainan buat hadiah si anak. dengan itu, terhasil la sebiji kek choc moist yg su inginkan.


9" Choc Moist cake with choc frosting and choc ganache
deco with kit kat and McQueen toy car by customer
weight: 2.5kg 
 
hehe, kemain panjang cerita pasal kek yg satu ni. macam la gempak sangat! buat malu je... :D


2 comments:

Suzie Ahmad said...

oit.. citer la xperience bersalin normal hikhikhik....
buh gambo si kecik tu sekali... aunty nak gigit jauh... ;-)

Unknown said...

kekeke.. tak sempat lagi weh... tu very long story :)

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015