26 July 2012

Campak-campak

Bila terjaga subuh tadi, tengok jam dah pukul 5 pagi. Alamak! kenapa alarm hp ni tak berbunyi, patutnya pukul 4:30 dah bangun utk masak. terus bergegas ke dapur, nasib baik la malam tadi dah awal2 potong bawang, cili, ayam.. tinggal nk campak dalam periuk and kuali je. 

Sampai kat dapur je, terus masak air, capai beras- basuh and masuk dlm periuk nasi. Then pecahkan telur dlm mangkuk yg dah siap dgn bawang, tomato, cili api, daun sup yg dipotong dadu halus, letak garam and panaskan kuali. Then masuk semua bahan tadi - siap dah telur dadar (lembik) fav Mr Hubby. 

Now nk buat sup pula, panaskan periuk (vision ku cayang), masuk minyak, tumis bahan2 yg dah ditumbuk malam tadi sekali dengan sup bunjut. dah naik bau, masuk ayam... kacau2 bagi semua sebati and empuk sikit, masukkan air, campak asam keping and cili api yg dah diketuk. Tengok jam dah pukul 5.10am. Alamak... risau nasi tak sempat masak je. Sambil2 tu, terpaksa la kacau2 nasi dlm periuk tu, nk bagi air dia cepat kering. then sambung balik kat sup, agak2 ayam dah empuk and masak, campak tomato and hirisan bawang. Biarkan sekejap, capai lak mug besar, campak uncang teh, masuk gula and siram air panas. Teh o and telur dadar dah siap, hidangkan kat meja, then senduk lak sup masuk mangkuk, campak hirisan daun sup, sedia utk dihidangkan. 

then cepat2 kejut Mr Hubby, pesan suh dia minum dulu sebab nasi belum masak! jam dah pukul 5:15am. dlm 2 minit, indicator periuk nasi bertukar hijau, terus buka, kacau2 kejap, senduk then hidang pada Mr. Hubby... hah!! silakan bersahur, semua panas2 belaka!!

Sementara Mr Hubby makan, masuk balik ke dapur utk mengemas pula, lebihan sup ada lagi, masa nk ambil penutup periuk (vision ku cayang) dlm kabinet dapur di bawah sinki tu and ketika nak tarik keluar, tangan tertolak sikit pada periuk (vision ku cayang) lagi satu, dlm sekelip mata, ia tergelincir jatuh dari kabinet ke lantai bawah, mmg tak sempat nk tangkap.. hasilnya.. berderai... terbelah 4! waaaa!!! 

sedih woo.. sayang woooo... tu je lah periuk (vision ku cayang) yg bersaiz sederhana yg aku ada... pakai pun jarang2.... now dah berderai... aduss... 


 terkena serpihan kaca, luka kecik tapi dalam jugak la..

Itu jelah yg nk diceritakan, subuh yg penuh dengan "campak2".. hehehe... Selamat Berpuasa semua :)

3 comments:

cikpuding said...

patut buh tajuk .." adoiii...vision ku cayang..."...:P

Leenz Yusoff said...

hahahahha!!! betul gak tu :D

uSHi GuRL said...

ala kesian... xperla. nanti leh beli lagi kan?

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015