Dlm minggu ni, sy dpt order untuk 2 event. Satu utk Encik Wak sempena majlis persaraan beliau dan satu lagi dari Ina, untuk birthday puteri sulungnya.
Majlis untuk farewell En. Wak diadakan di ofis sy, tapi masa tu saya pula tengah bercuti. Plan asal, pergi bercuti semalaman sahaja, hari ahad dah balik KL, so hari Isnin boleh la saya start baking utk majlis hari Selasa. Tapi disebabkan sy bercuti agak panjang, dan hanya sampai di KL hari Isnin 10mlm, then baru perasan telur and baking powder lak habis, merayulah saya pada En Suami utk tolong pergi beli. Dengan gagah dan gigihnya, En Suami pun pergilah keluar utk membeli dan mencari telur (7-11 confirm ada) dan baking powder (ni masalah sikit) di tengah2 malam... 12:30malam! Dan hampir setengah jam, En suami pulang dengan barangan yg dinanti... Cayang awak!!
Pukul 1:30 sy start baking, almost 3am juga la baru kek tu masak. So plan esok pagi2 bangun utk sambung deco. Tp disebabkan mengantuk yg teramat sangat, sy bangun agak lewat, dlm pukul 8. apa lagi, kelam kabut jugak la.... pukul 12tengah hari dah patut kena hantar ke ofis. masak! AKhirnya, siap juga la cake yg dijanjikan, malangnya disebabkan choc ganache tak sempat mengeras lagi, maka terjadila incident stoberi terjun sebaik sampai di ofis wangsa maju. Frust giler... tapi feedback dari kawan2 opis, terjun pun takpe, sebab dorang dah kerat2.... yg pastinya, ramai kata sedap... gebussss... moisttttt... and licin! hehe. legaaaaaaaa.....
and satu lagi order utk Ina buat puteri kesayangannya, Insyirah yg berusia 2 tahun. Sy buatkan choc moist cake with buttercream deco - garden theme. And she really like it... thanks ina ;)
No comments:
Post a Comment