After 2months in maternity leave, it's time for me to get back to WORK and today is the DAY! I wish i could prolong my leave - or hoping if suddenly company come out a memo with 3months maternity leave - but in my dream la.
So nak tak nak, kena la masuk kerja dengan hati yg beratnya. Rindu sangat kat si kecil, terbayang-bayang wajah Nia masa hantar dia ke rumah pengasuh pagi tadi. Rasa tanak lepas je, agaknya ini adalah perasaan NORMAL bagi semua IBU2 yg bekerja. Masa mengemas beg Nia malam semalam pun, dah rasa sebak. Lagi2 bila sy tengok dia yg tengah seronok bermain dengan dadynya. Dalam hati terdetik, agaknya kalau dirumah pengasuh, dapatkah dia layanan yg sama. Bila dia merengek manja, dapat ke perhatian dari pengasuh, sebagaimana yang kami lakukan pada dia. Buah hati seorang la katakan. Tapi, hakikat tetap hakikat. I have to face the truth. kalau rasa tak sanggup, benti je keja - tapi kalau benti, tak sanggup la pula.
Alhamdulillah, setelah pening dok memikirkan tentang pengasuh, pernah sampai menangis selepas saya call sebuah nursery di Sri Gombak, bertanyakan tentang bagaimana nk hantar anak ke sana (dalam hati ada taman) - akhirnya saya jumpa pengasuh yg tepat utk Rania. Kawan satu ofis, abang Wan - kebetulan isteri dia menjaga budak dan memandangkan kanak2 yg dijaga seramai 3 orang dah besar, dia bercadang ingin mengambil seorang lagi. Rumah pun dekat je dengan ofis saya, kiranya satu jalan. Bila balik, cepat sikit saya dapat berjumpa dengan si kecil. Bak kata orang, pucuk dicita ulam mendatang. Lagipun sy sempat jugalah berkenalan dengan Kak Asiah masa bos saya buat open house tahun lepas, mmg peramah orangnya. Dan paling penting, terserlah ciri dan sifat KEIBUAN pada dirinya. Jadi, tak la saya rasa susah hati dan tak senang duduk bila tinggalkan Rania nanti.
Hari ni saya takde kerja di ofis. Pelikkan? Patutnya bila balik dari cuti panjang ni, tentunya banyak task sedang menunggu. Tadi sy mengemas meja saya, sebabnya masa sy cuti, tempat sy telah ditukarkan dengan Haji. Rupanya department dah kena re-org. Bermakna, job task sy pun totally different from before. Semua kerja2 saya sebelum ni, dah di handover terus kepada orang2 lain. Sebab tu hari ni sempat mengupdate - setelah agak lama menyepi. Bos belum bagi task baru lagi and tetiba rasa macam budak baru je. Tapi tak kesahlah, layankan aje. :)
video si kecil pagi semalam, ketika sy tinggalkan dia utk mengemas rumah (baru bangun tidur) - dah pandai tengok tv.hehe.. rindunya mommy kat cayang!
psst: in 'tak sabar mode' nk balik, nk jemput Nia ku cayang
No comments:
Post a Comment