11 January 2011

Appointment di Hospital Selayang

Hai all...

I'm on leave today - sebabnya nk pergi hospital berkenaan dengan susulan baby breech. Pada mulanya. sy plan nk bersalin di Hospital Ampang, tp setelah ditimbang tara - berbincang sehabisnya dengan Mr. Hubby, akhirnya kami nekad juga utk teruskan di Hospital Selayang, memandangkan sy pernah ada rekod operate masa ectopic pregnancy lepas. Kali ni kami tawakal dan berserah je kepadaNya agar dipermudahkan nanti.

Berkenaan dengan perjumpaan saya hari ini di klinik O&G Hospital Selayang, setelah menyerahkan surat reference dari Klinik Rassi, pihak hospital memberikan sy tempoh lagi seminggu - dengan harapan baby akan pusing pada kedudukan yg sepatutnya. bermakna hari Selasa depan, 18hb sy dikehendaki hadir sekali lagi utk mengesahkan kedudukan baby. If baby remain the same, nampak gaya - mmg sy tiada pilihan lain iaitu melahirkan secara pembedahan (cesarean). Kalau sebelum ini Doctor Marsita telah pun memberi saya tarikh iaitu antara 23hb - 28hb January, agaknya bila pula ye doctor di hospital selayang ni nak bagi. Kalau boleh, sy teringin sangat kalau dpt melahirkan baby pada bulan February memandangkan tarikh EDD yg sy rasakan cantik molek je.. 11/02/2011. Tapi mmg sah2 mustahil utk baby sampai ke tarikh tersebut - maka 1 Feb 2011 (01/02/2011) menjadi pilihan saya. hehe.. itupun kalau diizinkanNya...

Dalam pada memikirkan tentang bersalin secara pembedahan, ada kalanya saya rasa seram sejuk je. Walaupun saya dah merasa operate 2kali sebelum ini (fibroid & ectopic) tapi masih lagi membuatkan saya takut utk menghadapi saat2 itu nanti. maklum la, kali ni separuh sedar - tentu kita nampak apa yg doctor buat... Dan sepanjang minggu ni saya rajin ber"blog-walking" mencari pengalaman2 mereka yg bersalin secara ceasar ni, bila makin banyak membaca - makin seram pulak rasanya. 

Bermacam-macam benda bermain difikiran saya, dah la kena potong, hospital gomen lak tu - sah2 Mr. Hubby tak dpt berada disisi saya 24jam.. mampu ke saya bangun nanti, mampu ke saya nk susukan baby nanti.. yg pasti setiap kali selepas sedar dari pembedahan - keadaan saya biasanya sangat lemah. Mesti terkulai layu sebab muntah 24jam.. kesan dari ubat bius. 

Yang membuat saya agak ralat andai betul kali ni sy kena potong lagi, ialah keinginan sy utk sambung pregnant lagi dlm masa terdekat.. maklumla, umur dah agak lanjut ni, jadi pada fikiran saya, tanak la buang masa lama2. tapi kalau dah kena potong, nampak gaya mmg kena tunggu sekurang2nya 2 tahun... kan...?

Dalam pada itu, antara persediaan barang2 keperluan utk berpantang nanti, sempatlah sy 'mereview' kegunaan bengkung moden yg dikatakan mmg khas dan sesuai utk mereka yg bersalin secara ceasar ni. tapi mostly yg saya baca, mereka2 ini memakai bengkung moden at least after 2 weeks. Jadi, boleh ke sy pakai right away after bersalin nanti ye? Sapa ada pengalaman harap dpt tinggalkan sedikit nasihat. Manakala set bersalin pun sy dah beli, set NR - setelah membaca banyak review yg positif. Sy beli set ni secara online di web Kak Engku.


 bengkung moden


set bersalin NR


Jadi, pada sesiapa yg terbaca blog sy, harap sudi la tinggalkan jejak dengan memberi sedikit nasihat / tip berkenaan bersalin ceasar, penggunaan bengkung moden serta pengambilan set bersalin NR atau apa2 brand selepas bersalin secara pembedahan.

Sekian... ;)


4 comments:

Mrs. Eeza Herman said...

baru perasan due date kita sama..
u bersalin kt hospital selayang ye..xsure la kt sana hubby leh masuk ke tak, tapi kalo hospital sg buloh, deliver normal/c-zer, hubby mmg xbuleh masuk..kena tunggu kt waiting hall..
cuak pulak bila baca entry u nie..hubby i sampai tanya bila i nak start cuti..dia tgk i steady je..hehehe....i pun xtau bila nak start cuti..hopefully baby kuar lepas raya cina sebab i nak baby lahir dlm bulan rabiulawal..
i doakan u selamat yeee..byk2 sabar dan tawakal..jgn susah2 ati ek.. take careeee.... =)

kimmy said...

semoga semuanya dipermudahkan ye leenz.

kimmyky.com

AQisH said...

bengkung moden pon ok..gud luck eh ;)

Leenz Yusoff said...

thanks semua..

eeza - tu la, due date kita kan sama.. kita pun harap baby kuar tarikh EDD tu.. dah cantik, kalau tak leh pun 1Feb pun jadila.. hehe

kimmy - thanks ye..

aqish - okeh eyh? leh la aku proceed beli.. hehe

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015