14 November 2010

Little Home Part 3 - Packing Time!

Penat sangat.. sebabnya.. LittleHome la... hari ni Encik Suami meneruskan perjuangan yg tertangguh semalam. Sambung mengecat bilik kerja dan bilik tidur.  Semalam sempat cat bilik tamu dan pasang lampu serta kipas. Itupun tak semua lampu sempat dipasang disebabkan syarat yg dikenakan oleh pihak management - sebarang kerja pengubahsuaian/drilling hanya boleh dilakukan during hari bekerja dan sabtu sehingga 5pm. If failed, deposit RM1500 yg dibayar ketika permulaan kerja pengubahsuaian akan dipotong RM 100 utk setiap kesalahan. Nak tanak, kena ikut.

When thinking about it, rasa macam tak berbaloi beli rumah apartment - terikat dgn syarat management. Itu tak boleh ini tak boleh - contohnya : grill kena standard - design and color. So, kempunan la sy nk pasang grill idaman yg simple je tp berwarna putih. Harus mengikut spec yg telah ditetapkan. And then, apa kita nk buat kena minta kebenaran management, kalau tak - dptla show cause letter or potong deposit. Sedangkan, rumah kita beli harga beratus ribu - then bayar pula monthly installment  every month without failed  - tu pun boleh kena penalty charges masa ambil kunci. Kat sini - ada management nk tolong? Harammmm... dia nk duit je... 

Since ambil kunci and after buat inspection utk defects - sampai hari ni langsung takde kerja2 pembaikan di lakukan - mungkin mereka sangat bijak - dia tahu kita nk masuk rumah cepat - tentu kita akan buat sikit2 renovation yg termampu - so they expect those defects tu secara tak langsung akan di lakukan oleh kita sendiri. Pandai kan? Sy ingat lagi, masa kawan En Suami nk pasang lampu dibilik air minggu lepas, we found-out lampu tak menyala. So there must be wiring error somewhere. Reported already to management - jawapannya biasala - yes - we will look into it. Tapi sampai hari ni - hampehhhhhhhhh je... Sudahnya, abang ipar yg berjaya mencari punca. Tapi nk buat cemana kan, suka tak suka - nak atau tidak - itu rumah kita. Bising macam mana pun - rumah tetap rumah. Tetap nk kena pindah masuk since dah bagi notis pada tuan rumah sewa by December kami akan berpindah. hurmmmmmmmmmmmmm...... *sigh*.

 Contoh grill idaman - simple je kan - tapi nk warna putih..

So today, sy bercadang nk sambung kerja2 mengemas semalam. Hasilnya, sy cuma mampu pack semua perkakas dapur / tupperware / pinggan mangkuk kaca. Masih banyak lagi yg belum dikemas. Barang2 di dalam store masih penuh. Itupun sy dah rasa mengah. Tak berani sy nk tanggu risiko dengan memaksa diri lagi. Jadi hari ni sy hanya berehat - untuk mengumpul tenaga for the next round. Hehe... Harap2 dapat la settlekan semasa cuti raya haji nanti - since sy dah ambil cuti next Thursday and Friday. No raya2 okayyyyyyyyy...!


tampal tape dulu di sekeliling "feature wall"


 proses mengecat pun bermula.. warna apa eyh...? :D


3 comments:

Unknown said...

grill daku lak kaler brown..mmula mmg nk amik kaler putih...tp org kemalasan cam daku niee...better aar amik kaler gelap2 gitu kan...ahaks..

Unknown said...

warna off-white.. chantek.. tapi kitorang pun kena brown..

hasmardy said...

Org yg pasang grill buat kemas tak

Followers

Copyright to LINDA ROSE
Designed by UMIESUEstudio 2015