Orang kata aku kena pantang macam orang lepas bersalin? betul ke? tapi aku takde baby.. and aku tak sempat mengalami proses2 penuh kehamilan.. mungkin di saat awal je lah.. tapi mestikah aku ikut segala pantang-larang orang2 lepas bersalin? betul ke aku kena jaga pemakanan sama seperti mereka2 yg baru lepas melahirkan?
aku tak pasti - tapi itu yg mak-kakak- cakap. so aku pun ikut la.. (wpun ada masanya aku tak mampu menahan kesedapan hidangan goreng pisang lembik, ubi kayu rebus, pizza, deli wing, nasi beriani and ayam masak merah) - tp aku makan segigit je lah just utk melepaskan gian je... hr lain2.. since aku berpantang seorang diri di rumah, so makanan pun kena la masak sendiri kan..
Biasanya, pada waktu pagi aku akan makan MILO panas + nestum atau cicah roti. Tengah hari aku akan masa nasi putih, ikan (selar/tenggiri) pindang atau sup atau aku rebus dan campak bahan2 ikut suka hati aku (bawang putih/halia/lada hitam - default), atau kalau rajin aku akan lumur ikan2 tu dengan bahan2 default yg telah ditumbuk dan sumbat dlm oven, then dicicah dengan air asam. Ataupun pilihan lain ialah ayam rebus dengan bahan2 default, sayur sawi kecik ditumis air... SEDAP giler kan???? disebab kan menu2 ini dan pengalaman 9 hari di hospital.. akhirnya aku berjaya menurunkan berat badan dari 47kg (sebelum operation) hingga ke 43kg... yg paling aku suka.. no more muka BOLAT! hehe
Disamping itu, antara supplement yg aku amalkan - ini pun setelah didesak oleh kakak aku, Ija untuk amalkan sepanjang waktu berpantang...
krim haruan - utk disapu ditempat luka,
pil haruan - makan dimlm hari
dan sup kolagen haruan (tambah sedikit air panas)
dan
harap2 semua ni berkesan utk kesihatan dalaman aku... cuma kali ni aku tak makan sup ikan haruan original dlm menu - sebab.... alahai cik haruan, aku dah tak sanggup nk menelan ko..
psstt... utk reference - menu yg aku dpt dari sebuah blog - mungkin ini boleh membantu ibu2 yg akan berpantang nanti - more to ibu2 macam aku (ibu ke?) yg berpantang seorang diri...... sila lawati Menu Makanan Ibu dalam Pantang.
4 comments:
ikutlah ape pun cara berpantang yg sesuai dgn u..yg penting u sihat k dear..:)
yup.. kena pantang.. sabar ye kak..:)
insyaAllah... thanks!
pantang yer kalong..jaga kesihatan diri..semoga kalong cepat sembuh..:)muahkkss!!
Post a Comment