28 July 2015
Berita Sedih - 28 Oct 2015
ku terima khabar duka..
setelah 7 tahun..
aku tak diperlukan lagi..
dan lebih mendukakan..
"sebab" yang diberi adalah sesuatu yang aku tak boleh nk terima
bukan secara baik
bukan secara aman
benarlah
manakan timun dapat melawan durian
bila yang diatas menggunakan kuasa mereka
tp aku manusia biasa
yang tak mampu memaafkan sesama manusia
kerana aku rasa
ianya satu penganiayaan buat diriku
insan kerdil yang hanya mencari rezeki buat anak2ku
yang tak seberapa jika dibandingkan dengan "mereka2" itu
mungkin mereka tak faham
berapa peratusan kecil yg aku terima dari mereka
sangat besar buat aku dan keluargaku
tiada lagi ruang utk ku disini
tiada lagi ruang utk ku berkata
mungkin mereka lupa
mereka juga manusia biasa
aku pasrah..
tapi aku belum mampu utk redha..
semoga ada harapan lain buatku
semoga ada rezeki lain buatku
buat anak2 ku
**inside of me - tika ini saat ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment