Cara buat pun senang, sy cut & paste (edit sikit) dari Yatie Sinar Kehidupanku
VICTORIA SANDWICH CAKE
Bahan-Bahan:-
- 250 gm butter
- 250 gm gula castor
- 220 gm tepung kek + 30 gm tepung jagung*
- secubit garam*
- 5 biji telor yg besar
- 2 sudu besar golden syrup
- 2 sudu teh esen vanila
- Blueberry Filling & Dried Coconut
- Panaskan oven suhu 150C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yg dialas dgn kertas kek
- Ayak bahan bertanda *sehingga 3 kali supaya kek jadi gebu dan ketepikan.
- Putar butter,gula dan golden syrup hingga kembang dan gebu.
- Masukan telor satu persatu sambil diputar perlahan dan bubuh esen vanila.
- Masukan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.
- Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 30 minit.
- Sejukan kek dan sapu filling diatas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek..kemudian tabur diatas kek dgn gula castor (sy letak dried coconut)
No comments:
Post a Comment